Saturday, January 31, 2009

TEKALA SATURDAY RIDE


di persimpangan

barisan rodie

makan @ Tekala

Dr.Rapi sayup meninggalkan kami

aksi 56km/j

lepas ambil foto ni, dah longlai dah....

see something?. .... PERs called it Bangla ;-)



SAYA pulang dari surau selepas sembahyang subuh. Masih berpelikat dan bersongkok, Muhaimy sudah tiba dengan Intrakotanya. Terus berpakaian dan memuatkan sikal ke dalam Intrakota. Kami meninggalkan bumi Kajang yang masih basah kesan lepas hujan. Terima SMS Dr.Taufik yang beliau tidak dapat ke Tekala. Terima SMS Samad yang telah menunggu di Masjid keseorangan. Akhirnya kami tiba dan temui Samad. Sah ini bukan RV. (Sebenarnya RV ini binatang apa, kami bertiga saling berteka-teki. Lebih kurang RSVP kot?). Telefon PakWan dan dipandu arah ke lokasi untuk minum pagi. Alamak PAkWan nak minum di kedai Apek?. Hujan mulai renyai. Akhirnya kami berangkat untuk minum di kedai lain berdekatan dengan RV sebab kedai Apek masih ditutup sebab CNY.

Tayar goleh hanya bermula jam 9 kerana tanah basah dan Dr.Sharidan menghadapi masalah pertama. Habis T-Boltnya dibedah oleh pakar.

Kayuhan bergolek lancar dan kami hanya berhenti di persimpangan jalan setelah 12km berkayuh kerana tidak pasti samada untuk ke kiri atau kanan. Sekumpulan Gedebe ke kiri dan kami mengikuti mereka dengan santai. Rupa-rupanya route ini adalah lebih sukar daripada Genting Sempah. Kami kayuh 1.5km secara santai dan HR baru 130. Pak Wan call dan advice supaya turun untuk ke destinasi sebenar. Kami tutun dan bersama-sama mereka ke Tekala. Kumpulan pertama 4 pengayuh di depan. Saya dan Muhaimy selepasnya dan selebihnya di belakang. Cylometer menunjukkan 27km (sepatutnya hanya 25km, sebab jumlah kayuhan pergi balik ialah 50km). Team depan kami tak nampak, team belakang tidak kunjung tiba. Akhirnya kami berdua buat u-turn dengan harapan untuk bertemu dengan team di belakang. Akhirnya team di hadapan yang sedang minum menemui kami dan di situ kami bersantai.

Oh ya.... kelajuan maksima hari ini ialah 56km/j dan geng pertama mencecah 60km. Itupun sentiasa brek, takut apa-apa yang tidak diingini berlaku. Maklumlah kali pertama. Ya kami sembang-sembang, makan-makan sambil menunggu yang di belakang. Apabila mereka tiba, gelak ketawa kian rancak. Oh ya.... pada masa ini Dr.Rapi masih di puncak bukit sebelah sana, sempadan N.Sembilan. Mereka akhirnya bersatu semula dengan kumpulan kami sebelum kayuhan pulang bermula.

Kayuhan pulang 25km lagi... Ia adalah kayuhan mengejar masa kerana langit sudah mendung. Titik hujan sudah jatuh ke bumi. Diringkaskan cerita ..... kami tiba di RV sejurus sebelum hujan lebat mencurah-curah turun. RV ditinggalkan sejurus selepas azan berkumandang dalam renyai hujan.

50km yang pertama dan Bianchi ini sudah mencecah 100km. First service! kata Pak Wan.

3 comments:

Taufik said...

Dr. Rapi, Pak Samad akan kelihatan lebih handsome kalau pakai padded short...
Sudah pasti aku miss ride yg dah lama aku idamkan ini...

abd.samad said...

Dont Worry Doc.
Kita boleh teman kan satu masa nanti.
Dah tau dah route nya.
Very condusive
Mat rempet kampong bagi hon masa nak potong dan angkat tangan lagi.

drtamil said...

RV stands for Rendez-Vous or "Meet You".

A meeting at a certain time and place.