Sunday, January 4, 2009

MOUNTAIN BIKE (MB) OR ROAD BIKE (RM) ?


KEPUTUSAN survey yang kita lakukan menunjukkan bahawa PERs akan tetap dengan MB dan tidak akan bertukar kepada RB.

Di antara faktor penting MB ialah:-
1. MB Tahan Lasak
2. MB juga boleh laju
3. Kita bukan ingin berlumba (tapi santai)

Walau bagaimanapun semasa sesi berkayuh, faktor 'kelajuan' RB memang sentiasa dibualkan. Bagi tujuan mengekalkan jati diri dan kesetiaan PERs dalam MB, rasanya program-program kayuhan PERs perlu lebih tertumpu kepada off-road supaya "racun" RB boleh dihapuskan sama sekali.


Salam/Hi All,

Mengapa sesetengah orang akan membeli sesuatu yang baru, yang belum pernah diempunya sebelum ini?

Nak mencuba sesuatu yang baru? Emm..berhati-hati, takut investment tak berbaloi
Ada orang yang cuba meracun? Baik-baik, racun nanti makan diri.
Nak 'upgrade'? Betul ke upgrade, sebenarnya downgrade nanti.
Nak tinggalkan hobi lama sebab dah 'puas' dgn yg lama? Emm..betulke dah puas, ingat jangan luapakan yang lama, sebab disitu kita bermula.
Hobi baru nampak lagi best? Dah kira atau ukur 'risk' hobi baru ke...?



Betullah kata Prof Sani dulu, apakah Nawaitu kita.

Apabila saya berbasikal di DUKE baru nih, memanglah terbakar apabila 'makcik-makcik' potong saya semasa saya mendaki bukit, dan orang ramai bersorak semasa di DUKE: " Ehh...apsal pakcik-pakcik tu kena tinggal oleh makcik-makcik tuh?
Kenapa makcik-makcik potong saya, adakah sebab mereka pakai road bike (berat cuma 6-9kg), atau mereka sebenarnya mempunyai fitness yang tinggi. Dan pada masa di DUKE dulu ada seorang 'pakcik' yang mengayuh basikal downhill, tetapi dia juga laju. Lagi ringan ke basikal downhill tu dari mountain bike? Itu yang berlaku di DUKE dan di situlah terlihat juga beberapa model road bike yang digunakan oleh mereka.

Cerita nak migrate ke road bike senarnya untuk saya adalah akibat nak sangat berbasikal dengan lebih jauh lagi, tapi adakah sama 20km naik mountain bike (14kg) dengan 40km naik road bike (7kg)? Adakah akan lebih sihat naik road bike berbanding dengan mountain bike?

This morning, semasa saya, Dr. Rapi & Dr. Azmi berbasikal di GCE, terjadilah cerita rantai basikal Dr. Rapi hampir tercabut atau terputus, dan tersadai di tepi jalan. Tak tau apa nak buat, jadi ada seorang abang road bike berhenti, bantu kami. Alhamdulillah, bahagian rantai bermasalah dapat dibuang dan disambung semula dan kami boleh meneruskan berbasikal.

Tapi yang menarik sekali kata abang yang bawa road bike adalah:

i. Saya bawa road bike sebab saya iron man, dan saya selalu ikuti triathlon dan pertandingan iron man.
ii. Memang boring naik road bike sebab tiada fun.
iii. Hari ini saya terpaksa naik road bike di GCE sebab nak temankan boss yang teringin nak berbasikal di GCE.
iv. Saya lebih suka naik moutain bike sebab lebih fun, boleh pergi kemana sahaja dengan mountain bike, masuk hutan FRIM boleh, naik tangga/turnn tangga boleh, masuk ladang kelapa sawit boleh, masuk highway pon boleh, pendek kata, serba boleh.

Hah...terkejut saya, bila melihat komen beliau. Walaupun beliau iron man, most of the time dia naik mountain bike.

Ini membuatkan saya berfikir semula....

Susahnya nak buat decision...

Emmm..apakah komen anda?

Dr.Taufik


Keputusan tidak rasmi setakat ini ialah poligami. Ia itu MR + RB.

4 comments:

Berisman said...

Mountain bike boleh terbang ker?Ini lagi bagus ari road bike;-)

Azam said...

salam,
maaf mencelah. saya dulu cuma ada MTB yg saya gunakan utk on & off road. bg saya offroading has more fun factor than road. memerlukan lebih stamina for the short burst during ascend and more adrenaline rush during descend. (fyi, saya cuma berkecimpung dlm XC, DH tak berani woo). kualiti udara juga lebih bagus sbb kat dlm hutan. faktor kepanasan pun tak teruk sgt.
bila nak bawak on-the-road saya akan tukar slick tire. utk buat urban ride, nite ride, commuting dan touring(saya belum cuba lg)memang best, TAPI kalau nak ikut roadies group ride until sun set, memang tak best. disebabkan itulah saya beli satu RB. dgn RB saya boleh pegi lagi jauh( lebih KM heheh), lebih laju(tak laju mana pun) dan lebih selesa. selesa? ya, saya pun heran, tapi mungkin krn geometrynya.
so skrg ni saya menten 2 beskal, setiap satu ada fungsi tersendiri. satu je masalah, takde masa sgt nak ride. kalau dlm 1 minggu tu boleh dpt 1 road dan 1 offroad outing, it is a good week. btw, saya cuma recreational rider bukan competetive rider.
Ride On.

Anonymous said...

Salam, amacam basikal tua (utility bicycle) untuk kayuh santai setanding basikal MB/RB. Cuma tidak lasak mendaki dan menurun bukit, tapi kepuasan tetap ada. Kalau nak cuba basikal tua (UB), cari yang ada gear (3 speed atau 4 speed) tak kira apa jenama Raleigh, Humber, Hopper, Hercules, Robin Hood atau BSA. Masalahnya sekarang harganya boleh tahan, paling murah RM1,500 yang lengkap. Dulu saya kayuh MTB tapi lebih seronok sekarang kayuh basikal tua, kelakarpun ada......

Man CIOCC said...

Salam semua.
MTB bagus sebab boleh pegi mana saja. Hutan, bukit-bakau, semak-samun semua boleh redah.
To be honest...saya tak pernah masuk hutan. (Ramai geg dok cucuk saya ajak masuk trail). Saya phobia sebab pernah patah tulang kolar waktu naik BMX ketika umur 18 tahun. Stunt atas ramp bukit tak menjadi.
Semenjak berbasikal dari belasan tahun, start2 dah pakai RB.
Pernah dulu buat kerja gila atas jalanraya, pakai FIXIE.
Betul mcm saudara Azam cakap, RB/MTB ada fungsi masing2. Tak dapat saya nafikan.
Sebagai recreational rider yang suka berkawan & makan2, yang penting orang yang mengayuh tu.
Ada bike mahal pun asik menayang tapi tak workout, makes no sense.
Setahun saya pakai MTB slick RM450.
Yang baiknye bila pakai bike berat utk training, tup-tup pakai RB ringan, mak ai...berdesup!
Tak kiralah beskal chop ayam ke atau chop Euro. We get to go to point A to point Z.
Saya, kalau jumpa jenis "Lansi", saya terus cabut lari!