Perjalanan bermula sekitar 8.15am, dari perkarangan Hospital JHEOA, Gombak, Menuju ke Genting Sempah. Dr.Hamdan, Andrew & Isteri, Ghaz berkayuh dihadapan (Mereka ni memang laju). Saya berada di tengah-tengah, manakala Pak Wan & Pak Kamad menjadi sweeper. Saya berkayuh dibelakang isteri Pak kamad dan saya dapati dia juga laju. Almost saya tak dapat catch up makcik nih.
This two ladies are fast. I cannot catch them up.
Selepas berkayuh lebih kurang 10km, saya & isteri Pak Kamad berehat seketika, sambil minum air. Memang penat berkayuh, terutama kayuhan mendaki, sehingga ke puncak. Lebih kurang 10 minit kami berkayuh semula. Saya kira sepanjang kayuhan mendaki, kelajuan adalah antara 8-15km/hr.
Sampai di satu selekoh, saya nampak Andrew sedang berhanti berehat. Dikala itu, saya kira Dr. Hamdan & Ghaz sudah sampai ke puncak. Pemandangan di situ sangat cantik. Saya sempat merakamkan highway karak yang kelihata di bawah jalan kayuhan itu. Pada ketika itu, jarak kayuhan adalah 13.5km. Kami terus berehat, sambil menunggu isteri Andrew, Isteri Pak Wan Sabri & Chong.

Lihatlah highway Karak yang terletak dibawah sana. Pemandangan memang indah. Angin sejuk yang bertiup, sungguh nyaman sekali.
Kami berehat sambil menunggu rakan yang lain. Lihatlah Mountain Bike yang dikayuh isteri Andrew, power!.
Merida tetap gagah mendaki Genting Sempah.
Setelah Chong join kami, kami meneruskan kayuhan dalam 3km lagi, sehingga sampai ke puncak. Di sana sudah ada beberapa kumpulan yang mengayuh road bike & mountain bike sudah sampai. Dr. Hamdan & Ghaz sudah ada di situ. Kayuhan Dr. Hamdan memang cepat. Dia mendaki dengan kelajuan 23km/h. Memang laju orang tua ini. Saya melihat GPS saya, average speed mendaki saya hanya 12km/h. Kami terus berehat sementara menunggu beberapa rakan lain seperti Zul & Isteri, Pak Wan Sabri & Pak Kamad. Udara dipuncak memang segar, angin bertiup sejuk dan fresh. Setelah mereka sampai, kami berehat seketika sebelum meneruskan kayuhan menurun.
Kayuhan menurun memang best, tak payah kayuh sangat, kira tak pakai tenaga lansung! Kelajuan menurunu bukit adalah antara 35-48km/h! Sekejap sahaja dah sampai bawah, saya kira dalam 35minit sahaja.
Kayuhan menurun memang best, tak payah kayuh sangat, kira tak pakai tenaga lansung! Kelajuan menurunu bukit adalah antara 35-48km/h! Sekejap sahaja dah sampai bawah, saya kira dalam 35minit sahaja.
Total distance: 31.5km
Average speed: 17.5km/h
Maximum speed: 48.3km/h
Secara keseluruhan, kayuhan ini sangat menarik. Pemandangan yang indah. Udara yang sejuk dan nyaman. Memang rugi kalau tak berkayuh di sini. Dalam perjalanan naik, banyak saya jumpa mountain bike juga. The Gedebe group memang best, they are very friendly & helpful. Ucapan terima kasih kepada Pak Wan Sabri & The Geng. Tak lupa juga pada Zul, kerena belanja brunch tadi. Lain kali nak ride lagi di sini. So, saya nak ajak geng PERs sama ada pakai road bike atau mountain bike untuk ride di sini, di lain masa.
6 comments:
Doc Taufik,
You n PeRs are always welcome to join our group. Those makciks r known as 'Makcik2 Power' n well known at Melati, especially morning ride.
salam
WAS
Makcik-makcik tu mmg power. I can testify to that.
Dr Taufik
Genting Sempah..sounds interesting, especially udara bukit yang sejuk tu. Tapi I don't think I have the stamina yet. Naik PICC pun dah tercungap-cungap.
Pagi tadi saya ride solo di sekitar BTHO, Sg Chuah, Kg Sungai Balak & Jln Kg Sekamat je. Dapatla cover ~ 26 km.
Bro Azizi,
Best juga kalau round 'kampung' sendiri. Please SMS me, mana tau saya free, boleh join the ride. My Misus mungin boleh ikut sama. 26km tu jauh tu...boleh tahan juga...
Dr.Taufik;
Macamana hang boleh ambil foto2 ini.... kau kayuh atau berhenti?. Ataupun buat kerja lama macam kayuh MTB sambil ambil gambar?. JAngan amalkan selalu dengan RB ;-)
MBA,
Saya try juga ambik gambar sambil cycle, hasilnya, gambar blur (shaking)-lihat photo pertama. Selepas tu, gambar diambil semasa rehat.
Post a Comment