Monday, January 26, 2009

PER BERSAMA BASIKAL ANTIK


Sebelum bermula....

antiknya basikal......

berehat di jambatan

hmmmm... perempuan 50-an pun ada!

bersama Tok Penghulu PERs


PUTRAJAYA telah menjadi pilihan Kelab Basikal Antik Batu Berendam, Melaka sebagai destinasi kayuhan mereka. Berbelas buah basikal antik setua 1940-an telah dikayuh bermula dari Masjid Putra ke PICC. Kayuhan mereka telah mendapat perhatian seluruh pelawat yang memang ramai di sekitar Putrajaya kerana cuti tahun Baru Cina. Semua ahli mereka mengenakan pakaian ala 50-an. PERs pula mengenakan baju MERAH.

PERs yang bertindak sebagai sweepers telah disertai oleh Samad, Azhar dan MBA. Tok Penghulu juga datang meraikan mereka.


Dua ahli PERs sebagai sweepers (sorang lagi tukang ambil gambar)

10 comments:

Taufik said...

PERs naik basikal antik juga ke?

MBA said...

PERs .... 1RB+2MTB + MBenz

Taufik said...

Mana gambar ahli PERs?

Berisman said...

Oh bestnya!!!
How I wish I was there to take photos..
Any, good posting and photos by MBA.May be after our Kayuh Sawah Padi, we go to Batu Berendam and ride together with Gang Basikal Tua to visit Melaka Historic city.

MBA said...

Atas permintaan Dr.Taufik, kita l;etakkan juga fotonya... Fotonya gelap sebab hari sudah ghelap kerana gerhana mentari (tak pakai flash).

abd.samad said...

Swepper tidak masuk dalam gambar mereka. Takut nanti mencacatkan zaman 50han mereka tuh :-)
Saya ada kata kat mereka yang kita ada rancangan untuk berkayuh di bandar Melaka. Seperti cadangan Dr. Azmi. Mereka kata berilah tahu ketua nanti kita boleh lah berbasikal bersama.
Dr. Azmi, the ball is in our field now.

drtamil said...

Sebenarnya depa tu orang kampung aku!

Taufik said...

Azmi,
Awat hang tak mai...
Kalau tak berbunyi la perkataan ...lahabau...celaka.....

Kopsia said...

Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan layanan mesra ahli-ahli PERs, khasnya Sdr Samad, Azhar dan MBA serta Tok Penghulu dalam menjayakan Kayuhan Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka. Sebenarnya mereka sememangnya amat teringin hendak berkayuh di sini, sewaktu saya ke Melaka tempohari saya berikan galakan kepada mereka. Mereka memang bersemangat walaupun ada yang telah berusia macam Pak Hassan dan dua orang keturunan Cina walhal hari itu Tahun Baru Cina. Mereka berdua sanggup berkayuh, saya tanya kenapa ikut berkayuh, jawapannnya "...rayapun angpau tak ada, baik pergi kayuh..". Ini merupakan percubaan pertama, selepas ini mereka merancang berkayuh di Pulau Pinang. Apa yang lebih penting, tanpa mengira jenis basikal berkayuh merupakan satu aktiviti sosial yang baik.
Kalau macam itu, Sdr Berisman, Dr.Azmi. Dr.Tamil dan ahli-ahli PERs bolehlah rancang berkayuh kat Melaka. Saya pernah bertandang ke sana, mereka ada warung khas untuk tempat perjumpaan.....kuetiaunya sedap, sehinggakan isteri saya mengigau dalam tidur.
Jumpa lagi

mykyocera said...

Salam to all,

First of all nak ucap terima kasih tidak terhingga kepada Sdr. Azhar, Sdr. MBA dan Sdr. Samad yang sudi mengiringi kumpulan Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB), Melaka.

Terima kasih khas buat Tok Penghulu yang sudi hadir dan memberikan galakan dan sokongan kepada kami. Saya (Ikhwan - Selaku ketua projek kayuhan tempoh hari)sangat berbesar hati sekiranya pihak PERs berhasrat untuk berkayuh bersama-sama di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Insyaallah saya boleh membantu mengaturkan acara tersebut bersama-sama KBTBB. Saya akan informed Pengerusi dan Ketua Projek di sana untuk tindakan selanjutnya.

Ikhwan - 012 934 3953
http://basikalmalaya.wordpress.com