Friday, May 29, 2009

Kayuhan PMR 30 Mei 2009


Salam,

Rakan-rakan berbasikal sekalian, Aliff jemput anda semua untuk berkayuh pagi esok tidak keeeira jenis basikal di Taman Warisan Pertanian,Presint 16 tempat berkumpulnya.

Waktu? Seperti biasalah, jam 7.30 - 7.50 kita berkumpul, jam 7.55 kita gerak. Laluannya di Horse Trail, Presint Diplomatik. Lamakan kita tidak ke sana?

Aliff tunggu, jangan tidak hadir ye!

Monday, May 25, 2009

BASIKAL BUDAK CACAT


Mengapa kita berbasikal?
Saya ingin mencadangkan satu program sambilan apabila kita berbasikal. Baca di sini untuk makluman lanjut.

Saturday, May 23, 2009

KAYUHAN E21-LENGGENG

From Left: MBA (50), Won (50), Muhaimy (54), Pak Samad (58), Dr. Azmi (41), Pak Kamad (59), Kak Yam(50+), Pak Wan Sabri (54), Kak faridah (50+), Yap (52), Norman(51)

air terjun di bukit puyuh. ramai yg memanggilnya bukit punai sebab tidak tinggi pun!


Di persimpangan Lenggeng kami menjamu diri sendiri dengan nasi lemak ikan keli

Kayuhan Semenyih-E21(LEKAS)-Lenggeng-Broga-Semenyih pada hari ini amat mengujakan. Pertama kerana RV berdekatan dengan rumah. Kedua kayuhan 58km selesai pada jam 10am.

Lain kali bolehlah berkayuh di sini lagi.

Tuesday, May 19, 2009

Old man and his bicycle..

Saturday, May 16, 2009

WETLAND PUTRAJAYA 16 MEI

First stop, near Parcel F

Bird-watching: burung pelican Putrajaya

Enjoying the bird-watching stop

Technical discussion on ProtonT-bolt


Rehat berhampiran Nature Interpretation Centre (NIC), Wetland Putrajaya

Di Lanai, Presint 10. Basikal berderet, tuan basikal tengah minum di dalam


Basikal: 9 MTB + 0 RB
Total distance: 24km
Mula: about 8.00am, habis: 10.30am
Jurufoto: Kolonel Azudin, Jefri, Syafiq

Sejumlah 9 riders turun untuk Putrajaya Wetland ride hari ini, termasuk dua orang pengayuh juniors iaitu anakanda Bond dan anakanda saya sendiri.

Walaupun off-road, kelajuan kayuhan boleh tahan juga +/- 20km/hr most of the time. Sesi berhenti & bergambar tak begitu banyak walaupun ada pengayuh juniors. Pun begitu, Kolonel sempat juga improvise dengan mengadakan sesi ceramah politik pulak setelah lebihkurang 7km perjalanan. Semua terlopong mendengar "insider's info" yang dibentangkan.

Satu lagi kelainan kali ini adalah after ride drink yang diawalkan, iaitu 5 km lagi sebelum sampai semula di RV TWP. Kami minum di Lanai, Presint 10. Best juga tempatnya, dan teh tariknya taklah mahal sampai RM10 segelas seperti yang diwar-warkan! So overall cost minum was still within Kolonel's budget la...dia belanja - terima kasih daun keladi Kolonel.

Next Saturday Broga?

Friday, May 15, 2009

KAYUHAN MUHIBAH 13 MEI




Cantik baju biru ...


Kayuhan 13 Mei @ car boot sale melibatkan 19 pengayuh.

Thursday, May 14, 2009

Ahli baru PERs


Ada satu permohonan dari seorang mat salleh nak join PERs. Borang dah isi. Dan gambar sudah dikemukakan seperti di atas.

Dia punya peralatan pun katanya semua dah lengkap dah (tapi tak tau la pulak kenapa helmet dia letak atas jalan dan bukan di kepala, lain macam je dia ni).
Anyway, amacam setuju tak dia join? Mohon pandangan/sokongan.

(btw ini bukan Texan yang Jefri sebut dalam email dia tuh)

Saturday, May 9, 2009

BERBASIKAL SAMBIL JUAL BUKU



Basikal: Bianchi
Group set: Campy
Buku 1: Kerjaya Dalam Bidang ICT
Buku 2: Buat Duit Dengan Foto
Pengarang: MBA
Cerita lanjut: http://mba2u.blogspot.com

Thursday, May 7, 2009

MOK SU NASI DAGE

Saturday, May 2, 2009

PERS with their wife - Part 2


Pic from http://bikex.vox.com
Col Azudin riding his Rm14k mtb with his wife

Friday, May 1, 2009

PERs with their wife


Dr Azmi and wife

Pak Adib and his wife