Thursday, January 15, 2009

PUTRAJAYA NITE RIDE (PNR) KIAN MERIAH


PNR Rabu, malam tadi telah mengundang lebih daripada 30 orang basikalis. 14 mengikuti PERs dan selebihnya daripada kayuh kuat, gedebe dan kumpulan/keluarga persendirian.

Kayuhan 20km PERs dianggap sebagai "kayuhan tak menjadi" oleh Tok Penghulu kerana hasrat untuk meraikan orang baru tidak kesampaian. Ya, 20km termasuk ke puncak PICC memang dirasakan bagaikan tidak menjadi. Tidak berpeluhpun (racun rodie ni...). Namun acara kemuncak PNR kali ini ialah "roti nan garlik" Seksyen 8.


Jumaat ini sekali lagi PNR akan diadakan.

No comments: