Saturday, January 24, 2009

PMR SUNDAY: TINGGALKAN KAWAN KERANA ISTERI MUDA


Dr.Taufik (Merida), Dr.Rapi (T-Sprint) dan MBA (Bianchi) telah meninggalkan rakan-rakan PERs bersama MTB mereka dalam PMR hari ini. Gara-gara isteri muda, mereka telah lupakan kawan seperjuangan. Mereka hilang entah ke mana.

Khabarnya mereka berganti isteri dalam perjalanan. Pengalaman mereka mendapati si genit merah adalah yang paling menggiorkan.

Mereka berkayuh 26km mengikut Putrajaya outer-ring dan sehingga berita ini ditulis, kawan=kawan mereka masih lagi belum tiba di TWP, sedangkan mereka sudahpun berada di rumah setelah selesai menikmati juadah di TWP.

Sekian Bianchi melaporkan daripada lokasi.

No comments: