Baru saja habiskan 16.15km diPutrajaya dalam hujan pagi ni. Today I
rode alone. Tengok langit pun gelap, so kena cepat buat sejauh mana
yang dapat.
Previously this week, banyak kedengaran cerita pasal pengawal
keselamatan di Putrajaya yang tidak menghormati penunggang basikal dan
melayan penunggang basikal seperti anjing kurap.
So pagi ni saya berjumpa lagi satu jenis spesies serupa macam tu
jugak. Selepas Menara KBS, disebuah persimpangan dimana lampu
isyaratnya blink warna kuning, saya melintasi seperti biasa, dari
jarak yang agak jauh, sebuah teksi yang juga cuba melintasi
persimpangan tersebut mengunakan semua sistem amaran, high beam dan
hon bertalu-talu memberi amaran.
Selepas melintasi persimpangan tersebut, saya berhenti dan kemudiannya
'mengangkat sebatang jari hantu' setinggi yang mungkin kepada dia
sebaik sahaja dia melintas. Sebagai reaksi balas, dia membunyikan hon
bertalu-talu menunjukkan 'protes'.
But that dweeb never stopped. Stakat bunyi hon je la... rasanya kalau
saya jentik teloq dia pun.. hon je la yang berbunyi.
Saya hairan dalam perkara hormati-menghormati sesama manusia, ada juga
wujud manusia seperti itu. Walhal saya dan dia berkongsi Menteri
Pendidikan/Pelajaran yang sama. Mungkin masa pelajaran 'Tatarakyat'
dia ponteng kelas ataupun tidur dekat belakang kelas.
Berbalik kepada cerita pengawal keselamatan, saya terpegun melihat
kelibat pengawal-pengawal keselamatan bertungkus-lumus menjalankan
kerja menghalau 'anjing-anjing kurap' keluar dari kawasan Dataran
Masjid yang mana mungkin kehadiran 'anjing-anjing kurap' tersebut
mencemarkan imej Masjid Putra. Sungguh tegas dan berdisplin. Tapi
tidak ada seorang pun dari mereka yang menunggang motosikal memakai
topi keledar. Well mungkin mereka berada 'di atas' undang-undang kot,
setaraf dengan YDPA kot? sebab tu mereka pandang dan layan pengunjung-
pengunjung sebagai 'anjing kurap'.
Agaknya la, kalau saya belum lagi menunaikan sembahyang Isyak pada
waktu itu, dan jika saya ingin menunaikan sembahyang di 'masjid
berdekatan', rasanya boleh tak?.
Itu yang saya tidak faham di Putrajaya. Tepat jam 12 malam, Dataran
Masjid ditutup dan jalan ke Dataran Masjid juga ditutup. Agaknya la,
jangan la terkejut, kalau kita tengah sembahyang di Masjid Putra, bila
jam berdetik 12 tengah malam, tiba-tiba ada wisel ditiup belakang
kita.
By anthem3rider
No comments:
Post a Comment