Wednesday, January 21, 2009

RABU PNR: BERSAMA ISTERI BARU?


HARI ini (Rabu), PERs akan mengadakan Putrajaya Night Ride (PNR) lagi. Seperti biasa, tempat berkumpul adalah di dataran Masjid Putrajaya pada jam 9pm. Golek tayar bermula 9.30 tepat dan maksaima berhenti tidak melebihi 11.30pm.

Barangkali PNR malam ini akan menyaksikan kayuhan poligami. Beberapa basikalis yang berpoligami akan membawa isteri muda mereka. Ya... isteri muda memang cun, genit, lawa, kurussss dan paling penting lariannya kencang dan laju.

Isnin lepas adalah kayuhan poligami yang pertama dilakukan oleh PERs. Pengalaman peribadi di malam pertama dengan isteri muda memang mengasyikkan mata memandang. Pendakian ke puncak PICC bagaikan angin lalu sahaja. Berdesup perginya. Walau bagaimanapun..... HRM biasa saya dengan isteri tua ialah 120 ketika ke puncak PICC, seangkan bacaan 170 dicatatkan bersama isteri muda. Apakah maknanya semua ini?. Barangkali doktor-doktor di sini boleh memberi pandangan.

Seperkara lagi, mengayuh isteri muda ini, sakitnya hingga ke kepala. Ia terlalu manja. Jalan daripada bagunnan PjH ke Dataran Masjid yang amat selesa oleh isteri tua tidak tahan diharungi oleh isteri muda. Bergegar dan bergoyang-goyang dibuatnya. Ah.... lain macam sahaja bunyinya ;-)

Dr.Taufik punya isteri muda, Ms. Merida

8 comments:

Taufik said...

Saya join PNR. Most probably i will cycle with the GEDEBE group.

mba2u said...

Good luck Dr. Taufik.

Memang adat poligami, perlu ada giliran. Perlu adil.

Rabu malam dengan gedebe, Isnin & Jumaat dengan PERs.

OK!.

Taufik said...

Jagalah semuanya dgn baik ye. Iangat, hati isteri yg paling tua tuh yg kena jaga...:-)

Tan Kien Boon said...

oH...doctor taufik rupanye...Sayalah gemuk yg congrats u kat kereta rasanye..ahahah

aofuad said...

Saya akan pakai Won punya second hand 'bini' sebab dia balik Raya Cina jumapa anak bini original.
Pak Samad bolih pakai saya punya walau pun saiz tak berapa betul.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Wah, geng PERs nih mengamalkan 'wife-swapping' nampak! dah lama buat kerja ni?
: -)

mba2u said...

"E" dalam PERs yg pada asalnya bermaksud Easy, kini telah bertukar mengikut tafsiran masing-masing:

E - Extreme
E - Extraordinary
E - Ehem.. ehem.. ehem...E
E - Eeeeee...

Anonymous said...

Kita tak campur dalam hal ini, maklumlah orang baru. Walaubagaimanapun kita direlakan untuk berbuat demikian. Kalau tak percaya tengoklah nanti, siap bawa sekali bersama-sama semasa berkayuh.
Wassalam