Sebagai langkah persediaan untuk Aktiviti Kayuhan Sawah Padi yang akan diadakan pada 8 March 2009, di Sg. Sireh (Parit Satu) Tg. Karang, saya mengambil inisiatif untuk recce laluan yang bakal dilalui nanti. Ini untuk melihat dengan sendiri laluan itu, menilai laluan dan memberikan cadangan yang sesui semasa aktiviti tersebut akan dilakukan.
Kebetulan, pada 26 Dec 2009, saya pulang kekampung, saya mengambil peluang untuk recce laluan itu. Pulang kekampung bersama keluarga, dengan membawa basikal, tidak menjadi satu masalah, kerana kenderaan yang saya bawa boleh memuatkan kesemuanya.
Pada 27 Dec 2009 (Sabtu), seawal jam 6.30 pagi, saya telah membuat persediaan sewajarnya, bagi berkayuh sejauh lebih kurang 80km. Saya akan berkayuh dari rumah Ibu Mertua saya di Sg. Besar, Selangor dan akan mengayuh ke arah Selatan ke Sg. Sireh, Tg. Karang sejauh 37km, dan terus membuat kayuhan ke trail-trail yang akan dilalui semasa kayuhan Sawah Padi nanti. Berikut adalah persediaan saya:
MTB frame: GTS M7
Tayar knobby
Fluid: 3L
GPS: Garmin Nuvi 200 (mounted to bike handle bar)
Kayuhan bermula seawal 7.15pagi, melalui kawasan sawah padi di Parit Cabang, Sg. Besar Selangor. Sawah padi di sini masih hijau, mungkin bulan hadapan ini akan menguning untuk dipotong. Udara pagi sungguh segar sekali, dan semangat saya semakin meningkat.
Matahari pagi, belum timbul lagi semasa saya memulakan kayuhan. Semasa melalui jalan Sg. Panjang (Jalan menuju ke arah Tg. Malim), saya dapat meyaksikan matahari mulai menampakkan dirinya di celah-celah dahan dan pokok-pokok di hujung sawah padi yang menghijau. Satu kenikmatan dapat melihat mentari pagi mula menampakkan dirinya.
Selepas membelok ke Jalan Parit 4 Sg. Hj. Dorani, saya melalui tepi 'main canal' yang dikanali sebagai 'Ban Kenal' oleh orang tempatan. Laluan sunyi sahaja pagi itu. Di sebalah kiri saya adalah Ban Kenal, manakal di sebelah kanan saya adalah sawah padi.
Selain sawah padi, saya juga menyaksikan adanya kawasan penanaman sayuran oleh rakyat tempatan. Nampak segar betul sayuran yang mereka sedang petik pada pagi itu.
Tak disangka-sangka juga, saya melihat 3 ekor anjing sedang menyambut ketibaan saya di tepi jalan, tidak jauh dari kebun sayur ini. Kira-kira 100 meter, ke tiga-tiga anjing tadi sudah mula menyalak ke arah saya. Saya buat muka selamba sahaja, sambil melalui jalan tersebut, melewati 3 ekor anjing tadi. Tiba-tiba, anjing-anjing tadi tersebut mengejar, mula-mula saya melajukan kayuhan tadi, dan anjing tadi mulai berlari laju. Bila teringat pesanan rakan-rakan, saya terus menekan ke dua-dua brek untuk berhenti. Saya hampir terjatuh dan ajing itu terkejut. Saya terus mengangkat tangan, dan ke tiga-tiga anjing tadi terus berlalu pergi. Fuhhhh.....selamat aku....
Selain kebun sayur, saya juga sempat merakamkan bangunan yang digunakan untuk memelihara burung layang-layang, ditengah-tengah sawah padi.
Jika di lihat di gambar di atas, sawah padi ini telah pun dipotong atau 'Panen'. Ini adalah sawah padi di sekitar Sekinchan. Sawah padi di sekitar Sekinchan dan Tg. Karang sudah menguning dan ada yang sudah dipotong dan dibajak.
Saya sampai di Pusat Homestay, Sg, Sireh Tg. Karang kira-kira jam 9.30pagi. Kelihatan land mark adalah satu tangki air besar. Anda tidak boleh miss struktur ini bila sampai di sana. Pusat Homestay betul-betul dihadapan tangki air besar ini.
Pusat Homestay mempunyai bangunan yang cantik. Semasa saya melaluinya, mereka sedang menjalankan aktiviti memancing di Ban Kenal yang sedang dirasmikan oleh DO. Kawasan itu juga mempunyai kawasan Parking yang luas.
Saya meneruskan kayuhan berpandukan peta pada GPS, untuk melalui trail yang dirancangkan. Sawah padi di sini, sama ada sedang menguning untuk menungu Panen, atau sudah dipotong, atau sudah dibajak. Kalau mengikut jadual, mereka akan melakukan penanaman pada 1 Feb 2009.
Ini adalah antara laluan yang akan dilalui semasa kayuhan sawah padi nanti. Ada laluan tar yang cantik jalannya.
Ada juga laluan tanah merah, yang saya rasa sekitar 5% dari keseluruhan laluan yang akan dilalui.
Emmm..masih ada juga yang membanting padi, walaupun sudah ada mesin-mesin canggih....
Laluan separuh tar, separuh gravel.
Laluan gravel, meliputi 30% dari keseluruhan laluan.
Kepenatan juga setelah mengayuh 60km, berehat di sebuah surau, sambil ambil gambar.
Tepat jam 12.25pm, akhirnya saya sampai ke destinasi saya semula, setelah berkayuh sejauh 79.3km, dengan kelajuan purata 20.3km/h. Air 3L habis saya minum.
Secara kesimpulannya:
i. Laluan adalah 5% tanah merah, 30% gravel dan selebihnya tar.
ii. Ruang pertemuan untuk mula dan tamat mempunyai kawasan yang luas terutama untuk parking.
iii. Sebaiknya menggunakan tayar semi-slick atau slick.
iv. Pemandangan....lihat sahajalah gambar di atas.
v. Udara, emmmm sungguh nyaman dan segar....
Perak International Triathlon 23 Jun 2019
-
Alhamdulillah berjaya menamatkan acara ini dengan cukup seksa semasa mod
larian. Langsung tidak mampu berlari hanya berjalan terhenjut-henjut selama
lebih ...
5 years ago
5 comments:
rekod abedib dipecahkan. 80km beb!
Well done ,Dr Taufik.Your report inspred and motivated me to go but I am a bit concern of my endurance for 40km and back!
Total distance of the track is less then 50km.
79.3km, dengan kelajuan purata 20.3km/h. Wah! dah melepasi target. Endurance kira OK dah tu.
Pemandangan yg indah.
Kalu nak pegi lagi saya nak ikut!
Bole bawak MTB saya.
Geram tengok gambor2 padi...cun!
Menggoda dan bergelora perasaan ini hendak berkayuh. Tidak terfikir betapa indahnya suasana bendang padahal acapkali dijelajahi.
Saya nak ikut sama kalau pergi lagi, jangan lupa. Saya tinggal dekat aja di Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Kalau lalu situ, singgah dulu pekena teh tarik kat Kedai Wak Rom.
Post a Comment