Saturday, December 20, 2008

PCM UPDATES


USAI solat Maghrib, terasa lapar. Berkira-kira untuk makan malam. Keluar untuk melihat kerata. Alamak, hujan selebat-lebatnya di Parcel E. SMS Dr. Taufik & Muhaimy untuk memaklumkan keadaan cuaca dan keputusan untuk pulang ke rumah. Namun seperti biasa, Muhaimy akan berkata (melalui SMS), hujan hanya di Parcel E, di sini kering kontang. Tetapi malam tadi dia kata, hujan sudah berhenti, tadi memang lebat, sekarang renyai sahaja.

Saya mengambil keputusan untuk dinner di lokasi PCM sahaja untuk meninjau keadaan cuaca sebenarnya. Memang hujan, memang basah. Telefon Azam untuk memaklumkan keadaan dan beliau dalam perjalanan dari KL ke PCM. Selesai dinner dan solat Isya di surau berdekatan. Won, Dr. Azmi, Dr.Taufik, Azam, Muhaimy, Abedib, Alif dan Sharin hadir PCM kali ini. Dan ..... sesi PCM diteruskan dengan sesi Teh Tarik (STT) kerana hujan semakin lebat.

Khabarnya penganjur telah batalkan PCM, namun masih ramai hardcore basikalis yang ingin meneruskan kayuhan. Dr.Taufik, Muhaimy, Won, Sharin dan Alif meneruskan kayuhan dan yang lain balik ke rumah pada jam 10.30pm. Khabarnya dalam 100 basikalis juga yang turut serta dalam renyai hujan dan bumi yang masih basah.

p.s Azam telah mengedarkan Baju HITAM kepada enam basikalis pertama yang hadir ke lokasi biasa PERs untuk PCM malam tadi.

2 comments:

Taufik said...

PCM sebenarnya tidak dibatalkan. Ia diteruskan dengan kira-kira 80 org berkayuh. Kayuhan bermula sekitar 10.30pm.

mba2u said...

Ya .... kayuhan tetap dilakukan walaupun ia dibatalkan ;-)