SEMBILAN ahli PERs turut serta dalam PNR kali ini. Mereka ialah Kol Azudin, Muhaimy, Won, Azhar, Razi, Samad, Dr.Taufik, Nadim dan MBA. Permintaan kayuhan ialah untuk tidak menaiki bukit PICC dan permintaan kedua ialah untuk kayuhan sejauh 30km. Tok penghulu membawa anak buahnya daripada Dataran Masjid Putrajaya hingga ke Cyberjaya. Berkayuh dan berkayuh dan berhenti rehat di kedai mamak Precint 8.
Akhirnya tiba semula di Dataran Masjid jam 12am di mana pak guard sedang sebok membunyikan wisel menghalau semua kenderaan yang ada untuk mengosongkan kawasan. Mengapa depa ni efisyen sangat menghalau orang jam 12am?. Hmmmm... lepas semua orang dah beredar depa bolehlah tidoq.
Ralat sedikit malam ini kerana jurukamera utama terlupa bawa kamera dan jurukamera back-up (Aliff) tidak datang.
05-071210 Kuala Kangsar - Pangkor, Day 3
-
*Day 03 - Tuesday, 071210*
Followers must be wondering what happened to ManCIOCC aka Gman. Praise to
Allah S.W.T I’m “Alive & Kicking” (Simple Mind’s ...
3 years ago
4 comments:
Salam,
Minta maaf tak dapat hadir, saya kurang cergas. Kemudian terpaksa menghabiskan kerja yang melambak-lambak di pejabat hingga jam 11. malam.
Mungkin kayuhan PMR 1 Januari kita jumpa:)
Tak ajak Basikal Tua berkayuh sama, rasa-rasanya kalau macam PCM tak jadi masalah.
Saya aritu pun kena halau oleh Pak Guard kerna parking kereta carry basikal tua .....saya singgah solat Maghrib.... knape mereka benci dgn basikal.......bukankah dlm pelan induk Putrajaya....kemudahan berbasikal ciri unik......saya tak faham apa yang mereka fikirkan.
Kopsia @ Basikal Tua. Semua pengayuh adalah dijemput menyertai kayuhan kami tanpa mengira usia dan jenis basikal. PERs adakan kayuhan malam PNR (Putrajaya Night Ride) Setiap ISNIN, RABU dan JUMAAT bermula 9pm bermula di perkarangan Masjid Putrajaya.
Kayuhan maksima 20km sahaja dan macam PCM sahaja.
Jemput datang!.
Terima kasih bagi laluan kepada Basikal Tua, sebenarnya kami tidak ada program berkala seperti PERs. Sebab itulah saya berkayuh sendirian di taman perumahan, cuma baru-baru ini saya menyertai PCM. Nampaknya penerimaan mereka semua sangat baik, ini satu permulaan untuk saya menarik lebih ramai peminat basikal tua untuk berkayuh secara berkumpulan.
Insya Allah minggu depan saya akan mulakan kayuhan. Jumpa lagi
Post a Comment