i. Ada masalah pada frame Proton T-bolt. Setiap kali berkayuh, akan terdengar bunyi yang pelik dan sangat mengganggu kayuhan. Masalah lain, saya boleh DIY, tetapi masalah frame, terpaksalah tukar.
ii. Hard tail dikatakan lebih menjimatkan tenaga berbanding full susupension, kerana setiap kali anda berkayuh, sebahagian tenaga akan diserap oleh rear suspension.
iii. Saya berminat dengan geometri dan rekabantuk frame hard-tail.
iv. Ingin mengurangkan berat Proton T-bolt, dari 16kg ke berat yang lebih ringan.
Inilah Proton T-Bolt saya yang bermasalah.
Maka bermulalah pencarian hard-tail yang affordable dan bagus di pasaran. beberapa kedai telah saya pergi, dari Tmn Tun, Seri Muda, Sg. Sekamat, Cheras, dan Sri Serdang, tak lupa juga bicyclebuysell.com. Dari harga RM400.00, hinggalah ke RM1500.00. Dari brand easton, extension, venzo dan GTS dsb.
Oleh kerana budget yang ciput, maka saya terpaksalah mencari frame yang menepati citarasa dan ciri-ciri yang saya kehendaki iaitu:
i. Harga
ii. Berat kurang 1.6kg
Akhirnya, setelah 2 minggu membuat pencarian dan meminta pendapat beberapa orang otai dan pakar-pakar, maka saya akhirnya memilih frame berikut:
Untuk memasang frame ini, beberapa komponen terpaksa ditukar, bagi menyesuaikan dengan frame baru, ini termasuklah:
i. Seat post. Seat post Proton T-bolt mempunyai diameter yang besar.
ii. Headset. Headset Proton T-bolt tidak sesuai.
iii. Front derailer. Front derailer T-bolt hanya sesuai dengan frame t-bolt kerana mounting yang berbeza.
3 comments:
Salam saudara Taufik,
Cun jugak basikal tu, kedai mana sedara beli?
Mengenai ride ke Lenggeng tempohari. Sesiapa pun boleh ride ngan kami...tak jadi masalah. Cuma saya rekemen kalu sedara tak pernah berkayuh lebih 50km sekali gus, sedara kenalah berlatih dulu atau ajak kawan2 yg seupaya.
Kelajuan minima selalunya 25kph.
kadangkala kalu flat road sampai cecah 30kph++ tanpa henti. Takut tak terikut. 70++ agak jauh utk beginners.
Maaf, lain kali saya akan beritahu speed yg kami akan cycle.
Kedai Sam di Sri Serdang. Pasal lenggeng tuh, aku kena carik road bike gak dulu baru leh join you all. Dah boring sebenarnya riding for less then 30km. Ni tengah nak mencuba-cuba untuk something for more then 50km. No point aku pakai mountain bike (walaupun pakai tayar slick) untuk kejar you all.
salam bro..
nak jual x frame t-bolt?
=)
Post a Comment