Sunday, December 14, 2008

PMR - TAMAN CABARAN


Enam ahli PERs memulakan kayuhan Daripada Taman Warisan Pertanian pada jam 8am. Memandangkan semua ahli adalah fit, Kol Azudin memutuskan untuk ke Taman Cabaran (TC). Dalam hati saya terdetik, alamak.... habislah comot t-bolt aku, Oops suit Discovery Channel tajaan AMD yang baru tiba semalam!. Maklumlah tanah masih basah kerana hujan hanya berhenti selepas subuh. Namun semua ahli bersemangat untuk membuat kayuhan minima 30km.



Kami tiba di kaki TC setelah berkayuh dan sekali sesi ATD (Angkat Tolak dan Daki) jalan yang masih belum dibuka untuk kenderaan. Suasana di TC sangat meriah. Puluhan kereta yang memuatkan basikal dan pengayuh sudah berkumpul. Kesemuanya ingin menceroboh TC yang masih dalam pembinaan. Kami memulakan kayuhan pendakian dan tiba di puncak tanpa banyak masalah (tidak ada muntah hijau...) Tidak perlu T&T. Setelah berehat seketika di puncak, kami mengayuh ke satu lagi puncak yang lebih tinggi, tetapi tidak seteruk yang tadi. Berehat sebentar di atas sambil memerhati pengayuh lain yang sedang berehat di beberapa buah wakaf yang disediakan. Oh ya... sepanjang perjalanan kami bertemu dengan pengayuh lain yang masuk 'hutan'. Mereka ke off-road, sedangkan kami mengikut track.


Kol Azudin, Muhaimy dan Won menuruni puncak untuk ke satu lagi puncak. Ia diikuti oleh "adik". MBA dan Samad masih santai di puncak ke dua. Tiba-tiba kami terdengar grrrrrrrrrrrrrrr..... gedeganggggggg. Bunyi seperti dua-tiga basikal berlanggar dan berlaku kemalangan. Kami bergegas turun dan kelihatan Adik tergolek. Darah melumuri badannya. Sekelip mata sahaja kami berlima mengerumuni Adik dan...

"kasih seorang bapa"

1. Samad dan Won mengayuh turun untuk mendapatkan bantaun daripada kontraktor ataupun pengayuh lain
(hal ini akan diceritakan secara terperinci oleh Samad).
2. Muhaimy merawat Adik. Kol Azudin menenangkan Adik dan menghubungi Sharin.
3.MBA menghubungi ibu Adik.

Akhirnya Won datang dengan kereta dan Muhaimy, Adik dan Won ke Hospital Putrajaya.




Kol Azudin dan MBA menurunkan embat buah basikal. Ia adalah pengalaman berharga bagi kami berdua. Ia ternyata tidak mudah.
"lakonan semula proses menurunkan 4 basikal"

"Won menunjukkan demo mangayuh dua basikal"


"Samad melaksanakan tugas PR dengan kumpulan KLMBH yang meminjamkan kereta".

Setelah Adik dimasukkan ke hospital. Sharin membawa pulang Kol. untuk mengambil kereta dan membawa balik basikal Adik & Muhaimy.

Akhirnya MBA, Won dan Samad mengayuh pulang ke Taman Warisan Pertanian dan .... kami tidak tahu berapa KM kerana tidak mempunyai sebarang tools. Yang pasti kami tiba semula jam 11.30am di TWP.


Pengajaran:
1. Jika ada doktor dalam team amat bagus, jika tidak ada emergency kits juga adalah mustahak. Bayangkan, kami ber-6 tidak ada apa-apa, kecuali tuala Good Morning Samad untuk mengelap dan menahan darah.
2. Tak usahlah pergi kayuh jauh-jauh. Kita tidak tahu persekitarannya. Sebab itulah ramai pengayuh tertumpu di Putrajaya.
3. Setakat ini sudah 2 kemalangan menurun bukit. Kedua-duanya adalah budak. Ada apa-apa hipotesis?
4. Enam orang kira ngamlah untuk mengayuh berkumpulan. Jika kurang daripada itu, kayuhlah di tempat biasa.
5. Kita sesama pengayuh, bila bertemu lambai-lambai angkat tangan. Bertukar senyum. Namun apabila ada yang ditimpa musibah, yang lain sangat liat untuk membantu.
6. Terima kasih berbanyak kepada group KLMBH yang bersimpati dengan kami dengan meminjamkan kereta walaupun ia telah mengganggu masa kayuhan mereka lebih setengah jam.

8 comments:

Alimuddin Shahid said...

Malang tidak berbau, tapi mujur sekadar luka luaran... masa turun tu ride dekat2 ke?

won said...

To correct the sequence just before the accident.

When we move from the 1st peak to the next peak. Kol Azudin lead, Muhaimy next, follow by "adik" and Won is following behind. Our distance between each cyclist is reasonable. It was very lucky that myself is quick to response and slow down immediately. Otherwise, I could not imagine what would happen to both of us. When I turn back, I saw Samad following closely behind me but did not know that MBA was so quick and manage to capture the accident.

Muhaimy is also very quick to response and all the cyclists reached "adik" almost immediatly. Just like reflect reaction, all the cyclists did what is necessary without any confussion. Good that we all have different experiences and together we responded like a perfect team.

Aliff said...

Salam,

Kesian adik Zharif. Hm, kemalangan tak berbau. Semoga cepat sembuh!

Taufik said...

Sedih dengan kemalangan yang berlaku. Bangga dengan response yang telah diberikan. Tahniah kepada yang telah memberikan bantuan. Tapi aku terpegun juga dengan baju 'discovery' tuh....

Man CIOCC said...

Salam, seniors kenalah menjadi 'penjaga' kepada anak2 tak kiralah anak siapa pun. Pada yang berpengalaman mesti sentiasa berada di belakang anak2 dan bagi advice what to do & what not to do when riding. Kalau 24 jam membebel pun boring jugak budak2 ni.
Tabik pada team members yg bagi response yg pantas.

During the Merdeka Mass 08 my kid did an "unofficial race" after we finished riding, resulting in a nasty crash. Luckly he didn't get hut too badly what really irks me was his brand new 105 STI was a total wreck. Sebab anak2 ni bila dah dapat mengayuh kangkadang terlalu 'shiok' & terlebih excited sampai leka sedikit.

Takpa, sebelum belajar berjalan, kita semua pernah jatuh tapi tetap bangun kembali.

Taufik said...

Suggestion: Kalo nak ride di taman cabaran, elok park kereta di situ...

mba2u said...

Begitu juga dengan horse track di Prtesint Diplomatik. Park kereta kat Maidin, lepas tu pekenan TT kat situ.

Taufik said...

Setuju dengan MBA. Dalam kereta saya always ada first aid kit, sebab besar dan tak muat dalam beg galas saya, so saya tinggalkan dalam kereta.