PUTRAJAY dibina dengan mengambil kira penggunaan basikal di segenap penjuru kotanya. Ini terbukti apabila banyak laluan yang dikhaskan untuk basikal dibina. Banyak juga kemudahan meletak basikal disediakan oleh pihak berkuasa Putrajaya.
Namun adakah Putrajaya mesra-basikal?. Kemudahan yang disediakan barangkali sudah memadai, namun ia tidak diselenggara dengan baik. Banyak lubang, lopak dan cerucuk menanti di mana-mana laluan basikal. Ia boleh menatangkan bahaya, khususnya apabila berkayuh di malam hari.
Penduduk Putrajaya, yang sebahagian besarnya adalah anggota perkhidmatan awam, barangkali tidak ambil pusing sangat mengenai basikal. Ini bermakna mereka tidaklah berapa kisah dengan orang yang berbasikal, hinggakan membuat aduan atau menghalau pengayuh.
Namun .... jaga atau pak guard yang dibayar gaji menjaga ketenteraman Putrajaya nampaknya terlalu membenci basikal dan pengayuhnya. Setiap lapisan pak guard ini memandang hina sekali basikal dan pengayuhnya. Jika ketemu dengan pengayuh, alamak, mesti dibunyikan wisel untuk menghalau, bagikan manusia menghalau anjing.
Misalnya semasa Putrajaya Critical Mass (PCM) November 20008, sekumpulan pengayuh berhenti di dataran Masjid Putra untuk mengambil foto, fuhh..... dihalaunya kami bagaikan anjing kurap. Mungkin mereka takut Dataran tersebut runtuh atau apa entahlah. Apa yang peliknya ialah, jika ada yang berehat, berkelah, memadu asmara, anak-anak main basikal, remaja main kereta remote control ataupun skate board dibiarkanya sahaja.
barangkali pak guard ini masih bertemu ruasnya...
Apabila kami berehat atas bangku yang disediakan dilaluan basikal di sekitar kawasan masjid, seorang pak guard datang memberi nasihat. Jangan berehat di sini. Ini tempat orang, bukan tempat basikal. nanti tercemar kawasan masjid. Saya terus menerpa kepadanya dan menunjukkan tempat park basikal dan bertanyakan "itu apa?. Bukan tempat basikal ke?". Nak jaga keharmonian masjid?. Mengapa tidak halau pasangan yang sedang bercengkerama itu"?. Kebetulan sebelah tempat duduk kami, ada sepasang kekasih sedang membuat kerja sumbang.
Apa yang guard itu buat? Dia lari sajalah dan berkumpul @ bertenggek dengan kawan-kawan lepak dia. Adakah guard boleh kerja sambil duduk?. Peliknya Putrajaya ini. Sepatutnya guard ini diharamkan daripada naik motor, kayuh basikal sahaja... Lihatlah betapa banyaknya taman di Putrajaya yang rosak kerana guard dan pengutip sampah menggunakan lori di tempat yang tidak sepatutnya.
Pengajaran daripada cerita ini ialah: Jika anjing menyalak semasa kita berbasikal, kita jangan lari, tetapi berhenti dan pergi ke arah anjing tersebut. Anjing itu akan lari.
[Disclaimer]: Tulisan ini bukanlah meripakan pendirian rasmi PERs. Ia adalah pendapat penulis semata-mata.
3 comments:
Alamak! Saya ingat sya sorang je perasan. Time Nite Ride tu sya buat derk je. Amacam kita plan buat lagi sekali, park kat designated bike area, kalu dia marah2, kita amik video, kita sabotage dia. Antar pada newspaper. Biar kelam kabut perbadanan.
Berchengkerama boleh, berbasikal kena halau. Ish, pelik...itulah M'sia boleh...
Activi sihat tak nampak yg kurang sihat di lihat sahaja mungkin sedap mata diorg memandang heheh.Malaysia Boleh...........
I tabik U all kerana berani lawan guard & menegakan keberanian..
Post a Comment