MALAM ini lima (5) geng PERs menyertai PNR. Mereka ialah Dr.Taufik, MBA, Azhar, Won dan Alif. Kayuhan bermula di Masjid Putra ke PICC dan kembali. Jarak dalam 14km (agak-agak, sebab cateye 2 masih dalam perjalanan).
Kayuhan menarik dan cuaca juga nyaman. Kami tidak mendaki puncak PICC, cuma mengelilinginya sahaja. Dalam perjalanan pulang, setelah menaiki jambatan, rintik mula turun. Kami meneruskan kayuhan dan hujan kian lebat. Basah kuyup dibuatnya. Akhirnya che-de-mision memutuskan untuk berhenti di kawasan teduhan. Ya, satu jam berteduh sehingga hujan reda sebelum menamatkan kayuhan di Masjid Putra.
Pengajaran kayuhan dalam hujan:-
1. Sehebat manapun bag yang digalas, sediakanlah palstik untuk simpan kamera & handphone.
2. Wiper diperlukan. Ia perlu dipasang dihelmet.
3. Kayuhan dalam hujan adalah berganda beratnya berbanding dengan kayuhan kering.
3 comments:
At every ride,I learn something about cycling and about myself.I hope this posting will be a good example for us to include lessons learned in our posting after each ride.
One simple lesson that I learned from my recent PMR is that I need more than 1 litre of water for a 20km ride
Mujur t-shirt merah, bukan t-shirt putih ;p
BTW I'll keep my hp in a ziplock bag in future rides.
Orang kata, sediakan payung sebelum hujan, ni kalo berbeskal kena la sediakan baju hujan kot, tapi saya dah try pakai baju hujan, panas pulak rasanya, pasal angin tak masuk...
Post a Comment