Sunday, February 15, 2009

PMR SUNDAY FOR BEGINERS?


"dirty dozen (termasuk foto grafer)

TNT - Turun & Tolak

RB pun boleh lepas .....

Apabila Dr. cramp ....




PMR hari ini disertai oleh 12 peserta. Kebanyakannya adalah peserta baru dan ada yang pertama kali berbasikal (di sini). Tok Penghulu telah menjanjikan kayuhan kali ini adalah daripada TWP ke Wetland. Kayuhan yang tidak berbukit. Kayuhan khusus untuk MB. Hmmmm... Pak Samad bersama RB kena dera. Walau bagaimanapun beliau bersama TREKnya berjaya mengharungi jalan-jalan batu kelikir untuk pusingan pertama. Pusingan seterusnya beliau dinasihatkan untuk bersendirian mengikuti jalan luar.

JAngankan RB, saya sebagai sweeper yang bawa MB juga bocor tayarnya. Inilah kebocoran pertama T-Bolt ini. Pam ada bawa, cuma tiub spare ada dalam kereta. Terpaksalah mengepam tiga-empat kali sehingga akhirnya terpaksa mengalah juga.

Masalah cramp kian berleluasa dan kayuhan 20km ini agak lambat untuk dihabiskan dalam cuaca yang panas. Sahabat kita cramp dan terpaksa diselamatkan oleh kereta bantuan daripada Tok Penghulu.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil untuk kayuhan selanjutnya?.

10 comments:

abd.samad said...

Mana lah pegi nya Team Doktor ni.
Mungkin dah banyak pakar
Yang mana satu nak mula
Yang nak pengsan pun pakar juga
problem
problem

Taufik said...

Dalam gambar tuh saya nampak ada 4 org doktor. Dua orang pakar bius dan dua orang pakar kecemasan......

abd.samad said...

Itu lah yang saya pun jani penik tuh
Saya tau nak bagi cream panas je
Not accepted :-)
Nasib baik tak offer minyak urut :-)
Tak tau nak tolong kat mana lagi
kalau orang biasa
Kita belasah aje :-)
Picit aje ...

won said...

I propose that we organise basic first-aid course for our members who are interested so that at least we can respose immediately when there is a need like muscle cramps or fall. Also we need to carry some basic first aid with us during our cycling session. No point have it in our car only!

The muscle cramp here is slightly different as most muscle cramp during sports happen at the calf muscle but not tight muscle. Cheers.

Anonymous said...

Itulah namanya pengalaman yang sangat berharga, dalam keadaan apa sekalipun kita mesti mempunyai pengetahuan mengendalikan kes-kes kecemasan seperti itu tanpa mengira sesiapa.
Ada baiknya sama-sama kita berkongsi dengan sesiapa yang pakar dalam bidang ini. Baru-baru ini saya terjatuh dalam longkang dan tercedera pada lulut kaki, sakit tanggung sendiri tiada sesiapa yang sudi membantu, ramai tolong tengok sahaja.
Saya cadangkan kpd Tok Penghulu adakan satu Kursus Pertolongan Cemas kepada ahli-ahli PERs, lebih kurang macam kat sekolah dulu ( sekarang dah dilupakan).
Jumpa lagi.

Anonymous said...

Cara menolak basikal tu dengan penuh bergaya melebihi daripada gaya berkayuh. Ruginya yang teramat sangat tak dapat ikut, kaki tengah sakitlah....

Aliff said...

Aliff nampak:-

1.Kena ada sesi memanaskan badan - kaedah 'spining around in 5km'.Kayuhan ringan-ringan gitu...
2.Tentukan siapa yang bawa first aid kits
3.Sweeper yang power deh! (Cth:-Dr.Taufik, Dr.Azmi.)
4.Jangan terlalu lewat mengayuh. Panas ooh!. Kita kena balik kepada bermula 7.30 pg.
5.Power Bar/Gel-berguna untuk first aid, elak cramp (petua aliff la sebab power gel ni mampu beri elektrolit dgn cepat kepada badan selain air 100+).Biasanya air 100+ dlm 20km dah habis diminum jadi benda ini handy in our pouch bag.

drtamil said...

Samad,
Team Doktor kayuh pi Rawang pagi tu.

Kopsia,
Jatuh longkang tu masa ride dgn siapa? Dgn PERs ke?

Aliff,
Aku memang suka jadi sweeper. Bila kayuh tak stress. Ikut pace kita aje.

BTW stretching minimum for calf, quadriceps and hamstring should be instituted as standard SOP before and after the ride.

fat2fit_mum said...

Hari tu bila saya jatuh, ramai yang menolong :p

abd.samad said...

Yang ini sapa nak jawab nih :-)
very funy, realy very funy
Sebenar nya kita nak tolong semua orang
Tapi apabila yang jatuh/sakit/cramp tuh pakar
Masalah sungguh, takut nanti macam tikus membaiki labu
Ha ha ha