Sunday, February 15, 2009

Aspirasi baru


Merida Azizi


Dah hampir setahun beli basikal MTB. Dahulu saya berbasikal berseorangan. Di Core Island Putrajaya. Di sekitar Bandar Tun Hussein Onn-Kg Sungai Balak-Jln Sekamat.

Semenjak mengikuti kumpulan PERs untuk 'riding', pengalaman berbasikal sudah berubah. 'Routes' juga sudah bertambah. Lebih 'variety'. Ilmu berkaitan aktiviti berbasikal juga ada penambahan sedikit demi sedikit.

Dan setelah membaca blog PERs, mengikuti email group PERs (yang kekadang melebihi 40 sehari!) dan menerusi sembang-sembang ketika berkayuh, kini saya ada beberapa aspirasi baru dalam bab berbasikal ini:

1. untuk mencari cadence yang betul
2. untuk kurangkan berat basikal saya (sekarang lebihkurang 30kg? betul ke?)
3. untuk mendapatkan HRM supaya aktiviti ini membawa manfaat sebaik mungkin kepada kesihatan.

Itu sahajalah buat sekarang. Aspirasi "untuk membeli RB" tu tak berani lah lagi. Masih belum termakan concotion racun yang disaji oleh Kolonel!

6 comments:

Berisman said...

Azizi,
My next upgrade will be like the photo you posted.
-Adib

mba2u said...

Azizi;

Jika mahu HRM Polar A1, saya ada. Boleh cuba dulu. Jika berkenan boleh bayar, jika tidak boleh pulangkan ;-

Taufik said...

ingatkan main basikal ni main kayuh je, rupanya, banyak lagi benda-benda pelik kena buat..:D

fat2fit_mum said...

Thats the way to go..! Aspirations kita tak jauh, cuma saya kena kurangkan berat badan.. berat basikal tahun depan pulak.

Anonymous said...

MBA,
Saya minat HRM Polar A1 tu, memang tengah mencari ni. Harga tu sesama kawan ajelah, tak kisah.

mba2u said...

Kopsia;

Bila boleh jumpa untuk Polar A1?.