PERs akan ikut serta kayuhan ini ESOK 7 Feb 2009 (Sabtu).
Pendaftaran 7am-8am di depan bangunan Perbadanan Putrajaya, Precint 3
Acara ini merupakan satu acara berbasikal beramai-ramai sempena Le Tour de Langkawi. Sejak ianya diperkenalkan acara ini telah mendapat sambutan penggemar-penggemar lumba basikal. Pada edisi 2008 seramai hampir 1,000 orang peserta telah menyertai acara ini. Pelbagai kelab dan institusi pengajian tinggi telah datang untuk memeriahkan acara ini.
* Acara ini akan dilangsungkan pada Sabtu 7hb Februari 2009 di Dataran Putrajaya Precint 3, Putrajaya.
* Jarak sejauh 30km di sekitar Putrajaya.
* Peserta juga akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
* Selain itu juga mereka berpeluang bermesra dengan pelumba-pelumba professional yang akan menyertai kayuhan itu nanti.
* Terbuka kepada semua tiada yuran dikenakan
* Kami menggalakan penyertaan oleh kelab-kelab dan persatuan berbasikal
Kategori 2 hadiah khas juri
1. Kelab teramai/beruniform
2. Peserta tersenior (otai)
3. Peserta Heavyweight (berat)
Karnival Le Tour de Langkawi
Kayuhan Le Tour de Langkawi juga merupakan salah satu acara yang disenaraikan dalam Karnival Le Tour de Langkawi dan Putrajaya Cycle Fest 2009 yang akan berlansung dari 7-9hb Februari 2009.
Pelbagai aktiviti seperti BMX Stunt, Lumba Basikal , Night Challenge dan Pameran turut menjadi tarikan sempena sambutan Le Tour de Langkawi 2009. Selain itu juga Kementerian Belia & Sukan akan turut mempromosikan beberapa acara sukan seperti bola keranjang 3 on 3, mini motorbike, go kart dan sukan tradisi untuk orang ramai mencuba. Selain itu satu mini konsert akan dipersembahkan sebagai satu lagi tarikan kepada Karnival Le Tour de Langkawi 2009.
Penyertaan: PERCUMA
Borang boleh download di http://www.ltdl.com.my/2009/doc/kayuhan_le_tour.pdf
2 comments:
Good to see you all come in a team. I just realized this activity last night (actually this morning)at 1.00am. Thanks MBA for this post.
I was riding behind the Marshal Car with my daughter Hanis. I saw our Penghulu bz with his camera ( buat cover untuk siapa Tuan?)
I did not come across any PERs riders during the course of riding , where were you all? Stop after VIP ride?
Post a Comment