Thursday, April 30, 2009

Kayuhan Malam Putrajaya -PNR Ride :-)

Pak Wan Sabri of GEDEBE!
Bianchi anyone? Pak MBA, Adi,Pak Muhaimy,Doc.Hassan and Won.

Pak Ruslan....a new addition to PNR Rides!(white shirt)
Before the ride begin :-)
Health is wealth!
Dr.Farid of UPM....on his green T.Bolt.

Kayuhan malam di Putrajaya berlangsung seperti biasa iaitu setiap malam Rabu jam 9.30 malam. Tempat berkumpul adalah Dataran Putra berhadapan dengan papan iklan elektronik. Kayuhan ini sentiasa berjaya menarik penunggang sekitar 5-20 orang dengan basikal jalan raya mahupun basikal gunung.

Bagi ahli PERS, kayuhan ini lebih meriah dengan ada kumpulan GEDEBE yang diketuai oleh Pak Wan Sabri. Laluan sejauh 24 km biasanya selesai dijelajahi dalam masa satu jam setengah. Motto PERS dan GEDEBE ialah kelajuan kayuhan kumpulan mengikut kelajuan anggota paling lemah.

Jadi para wisata blog berbasikal PERS, apa lagi...Marilah ikut kami berkayuh. Badan sihat , otak cerdas dan emosi :).

3 comments:

Pak CD said...

Thanks Aliff for posting my pic.. last nite tak dapat turun. My place hujan sampai malam. See you guys again next week, if weather permits.

abd.samad said...

PNR Rabu ni tak hujan ke?
Kalau hujan kene tunggu kat bawah Jambatan.

abot said...

blog ni menarik kerana banyak memaparkan aktiviti berbasikal di sekitar putrajaya dan juga luar putrajaya...tetapi banyak aktiviti ni dilaporkan setelah ianya berlaku! Kalau dilihat pada jadual kayuhan memang tiada "indication" bila aktiviti akan datang! Kena agak-agak...kot?
Lagi satu, kalau boleh beri "map" circuit yg di lalui...so boleh study dulu larat ke tidak.. banyak bukit ke tidak, maklum la yg nak join ni bukan power sangat. Dengan informasi yg lebih lengkap, besar kemungkinan lebih ramai yg mahu join kalau info lebih jelas!
Tang brand basikal yg korang pakai tu, tak payah la nak heboh heboh kan, yg kita nak tahu lebih ialah "riding" nya sahaja!