Thursday, April 2, 2009

Kayuhan Hari Lahir kayuhan kehujanan! Bukan April Fool Tau!


Kayuhan malam kali ini ramai sekali pesertanya. Kalau ikut kiraan Pak Wan dari kumpulan Gedebe ada 19 orang. Seperti biasa, Aliff dan Che Bond dengan MTB kesayangan. Ahli kayuhan yang lain dengan pelbagai jenama RB. Apapun janji kayuh!

Pada bahagian kedua kayuhan selepas hentian pertama kami terpaksa berlindung dibawah kolong jambatan kerana hujan turun dengan agak lebat bercampur kilat dan guruh. Maka sesi mahu makan nasi Arab bagi meraikan hari lahir Marina ditunda.

Aliff pulang dengan ambil jalan pintas...he!he! hujan...laluan pula betul-betul dibelakang rumah kekanda di Presint 16. Kami bermula dari Dataran Putra keluar ke Cyberjaya dan kembali ke Putrajaya. Jaraknya lebih kurang 25km++

Kawan-kawan jika nama anda tiada, sila beritahu ye!(aliff tak ingat nama semua orang)

Peserta:
PERS: Aliff, Che Bond, Pak MBA, Pak Samad, Dr.Taufik, Pak Muhaimy, Won,Marina
Gedebe: Pak Wan Sabri, Pak Kamat, Pak Nayan, Mak Wan, Dr.Maryam Chin, Mak Faridah

6 comments:

fat2fit_mum said...

I really enjoyed this ride.. thanks everyone!

Aliff said...

Nanti akan ada kayuhan basikal baru neh!

abd.samad said...

Ha!? sapa punya basikal baru nih?
Murah rezeki Birthday Girl,
sebab hujan lebat
Pak Bond kata Chip Racun sempat meracun di bawah jambatan lagi :-)
Ada du mening nih "meracun"
ingat zaman budak-budak kayuh basil dalam estate :-)

Aliff said...

Sapa lagi Pak Samad, birthday woman kita laaa

a0297717 said...

haaa MKA ada malam tadi.. MKA mana lak tuh.. ( setahu MKA malam tadi dia shopping kat tesco kajang huhu)

a0297717=MKA

Aliff said...

Ha!ha! kan dah kata...alif tak ingat nama semua orang..mungkin tersalah tu..takpa aliff betulkan.