Saturday, April 18, 2009

ADUHAI GENTING SEMPAH !


Basikal: 5 RB + 2 MTB
Total distance: 33.77km
Mula: 7.53am, habis: 10.45am
Jurufoto: Dr Taufik & Kolonel Azudin


Kayuhan ke puncak Genting Sempah telah selamat diadakan dengan penuh cabaran besar dan menyeksakan! (bagi saya la tu, bagi yang lain no problem).

Kesemuanya 7 orang riders hadir iaitu: Kolonel Azudin, Dr Taufik, Jefri (the first to arrive: tidor kat hospital ke?), Pak Kamad, Dr Che Yan, Prof Sani dan saya sendiri. Tayar golek tepat pada masa yang ditetapkan iaitu jam 7.53 pagi dengan Kolonel dan Dr Che Yan lead dan Dr Taufik bertindak sebagai sweeper.

Bagi Kolonel, Jefri dan saya ini merupakan our first time attempt ke Genting Sempah dari Hospital Orang Asli Gombak ni. Saya cuba buat persediaan secukupnya: Power Bar step 1, beres. Power bar step 2 penuh dalam kocek. 100 Plus penuh dalam botol. Namun, terbukti persediaan saya memang masih belum cukup. Dah dua minggu lay-off riding kecuali main keliling rumah je. PNR memang tak pernah turun. Tetapi dek kerana saya diamanahkan organize this ride maka mengayuh lah saya pagi tadi.

Mula-mula steady je. Sempat toleh kiri kana menikmati pemandangan petempatan dan Sungai Gombak(?) yang mengalir jernih. Tapi sampai 5km mark pernafasan mula berat. HRM MBA yang saya pinjam menunjukkan HR saya sudah mencecah 170. Atas encouragement Dr Taufik dan Pak Kamad saya teruskan juga lagi. Tetapi selepas 6km HR dah sampai 180 dan tak turun-turun. Takut nanti pitam pulak, saya decide untuk berhenti dan minta mereka proceed tanpa saya.

Saya stay back dan recover balik tenaga. Aleh-aleh selepas 10 minit Pak Kamad patah balik dan offer untuk teman saya ride balik ke Hospital. Oleh kerana tenaga dah ada balik saya bertekad untuk teruskan. Pak Kamad pun setuju. Dan lepas tu beliaulah yang memotivasi saya sepanjang jalan sampai ke puncak Genting Sempah dengan dibantu Dr Taufik, Jefri dan Prof Sani berderet di belakang. Kesian mereka kena escort saya all the way up. At certain stretch speed saya serendah 7km/hour.

Memang perit nak sampai. Tetapi apabila dah sampai gembira tak terhingga. Siap sms sana sini announcing kejayaan saya! Oleh sebab saya slow, kami ambil masa 2 jam lebih untuk sampai dengan 3 kali berhenti (4 kali kalau termasuk berhenti untuk cuba bantu seorang rider yang basikalnya rosak teruk).

Turun balik ke bawah was a bliss. Well almost, sebab 5km sebelum sampai RV point peha kanan mula develop cramp. Nasib baik Kolonel ada ubat untuk urut muscle. Sampai balik ke RV point 10.45 which means that time taken turun dalam setengah jam aje. Kolonel yang paling laju bila turun. Dia kata sebab dia banyak ‘momentum’ because of size badan :-D. Kalau top speed turun saya 46.2km/hour tak tau la Kolonel cecah berapa mau mencecah 60km/hr agaknya.

All in all it was the toughest ride for me ever. Pengajaran bagi saya: saya belum bersedia 100% untuk ride yang ada pendakian terus menerus. So kalau nak join ride macam ni kenalah training hill ride seperti yang Pak Adib cadang nak buat dengan bantuan Pak Wan tu.

Satu lagi conclusion: group PERs dan GEDEBE memang kuat setia kawannya. Tanpa Pak Kamad dan lain-lain yang bersabar dengan kelemahan saya, pasti tak sampai saya ke Genting Sempah. Dan dengan itu pastinya saya akan set rekod sebagai the only ride-organizer yang tak dapat complete ride yang dia sendiri organize hehehe.

Terima kasih semua. Mohon maaf kalau your riding was spoilt by my lack of fitness. To be sure, this won’t be my last at Genting Sempah, I’ll be back - better prepared insyaAllah. Wassalam.


P.S. Sorry gambar takda. Dr Taufik dan Kolonel banyak tangkap gambar. I’m sure they will upload soon.

18 comments:

MBA said...

TAHNIAH Tuan Azizi;

Tahniah, Tahniah, Tahniah.
Barangkali jika saya tidak "minta" tuan organize ride ini, tentunya tuan belum sampai lagi kan?. he he he.

Bos pertama saya pada 1983 kata, "mengajar adalah cara belajar yg terbaik", saya pegang perkara tersebut hingga kini.

Sekali lagi .... TAHNIAH.

Abu Imir said...

Kena beli RB cepat2 ni. Col boleh bagi advance. The trip to Janda Baik was a lot worse.

Berisman said...

Tahniah Azizi!
I knew how it felt when you pushed yourself to the limit.My struggle to climb at Selangor MTB Challenge taught me a good lesson.

Pak Adib

Taufik said...

Yang penting sampai ke puncak tanpa T&T. Tidak mengapa berhenti untuk ambil nafas. Kalau first time berhenti 4 kali, lepas ni mungkin tinggal 3 atau 2 dan terus tanpa henti. Tapi kalau nak laju, kena le pakai RB. Jefri dah terbayang-bayang tuh....

Abu Imir said...

Dr T....
Home Minister tak approve paper work lagi As I said, need a bigger house to store my 3 bikes. Tapi Haji Azizi suruh buat 'peace offering'. Buy her something she really wants. Alamak budget jadi kecikla cam ni.... Takpa sabag.... ada hikmah la tu.

abd.samad said...

Tahniah Pak Azizi,
Gerun juga saya membaca nya
Saya pun tak pernah panjat bukit tuh
HRM180 wow!!!
Saya maksima 160 aje, 180 kalo embulan kene pangil naik kalo

drtamil said...

Tahniah Tuan Azizi!
Gedebe & PERs mmg tak pernah tinggal kawan. Masa saya cramp during the 71km ride last Saturday, Pak Wan teman sampai kat atas.

BTW kalau nak beli basikal tu, beli at least Merida 905, banyak sikit gear dia. Kalau nak beli Merida 903 aje pun boleh gak tapi gurantee akan upgrade lepas 2 bulan. Yg penting masa beli tu Pak Wan ada, harga jauh lagi murah.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Geng PERs and Gedebe

Terima kasih atas kata-kata dorongan. Bila saya mula beli basikal setahun yang lalu saya anggap ini sebagai satu hobi untuk sikit-sikit bantu kesihatan, nak jadi casual rider je.

Bila ikut PERs ni Genting Sempah pun sudah sampai. Memang di luar jangkaan saya sendiri.

Dr Taufik, sempat you selit bab beli Merida 905. Meracun rumput ke? :-D

Pak Samad: kalau saya yang tak fit ni boleh then Pak Samad no problem punya takkan sampai 180 HR. Lagipun masa saya naik kelmarin kat belakang saya ada berderet pemotivasi, ambulan, body guard & out rider. Lengkap grup kita.

drtamil said...

Abu Imr - no need a bigger house, just a bit of reorganisation. My apartment is even smaller at 817 square feet. Check out http://www.facebook.com/photo.php?pid=2521140&l=2bfbafd986&id=677944103

Azizi - drtamil is Dr Azmi Mohd Tamil, not Dr Taufik daa...Dr taufik sebut RB saja, saya yg sebut Merida 905.

Azizi Ahmad Termizi: said...

Ooops sori Dr Azmi

Was a bit careless there. BTW where were you, tak dapat visa ke? Time for BIGGER peace offerings? :-D

drtamil said...

Tuan Azizi,
This weekend I was teaching both days. Saturday from 8 am till 5 pm. Sunday 2 pm till 5 pm.

Cari makan beb, so takleh ponteng.

Azmi

aofuad said...

Azizi,
In my book you are categorised as ok.
You never give up. That is more important than reaching the top first.
Thank you for organising the ride.
I missed the Bentomg ride two weeks ago. Why don't we organise one with GEDEBE in 2 weeks time after the Broga Ride this Saturday?
My precious advise to you is go NOW and get that rb.....jangan waste time...biar berhutang untuk kesihatan, jangan berhutang kerana ta sihat....

Ruslan said...

Tahniah Azizi,

I've never done Genting yet but can imagine the pain of pushing and the joy of achieving...

Yesterday I rode with some Kuala Kubu guys from K.Kubu to Fraser's Hill. T&T part of the way but reached the top anyhow.

Before I mengarut and lari dari topic asal ni... tahniah Azizi, see u guys again probably Wednesday nite nanti.

drtamil said...

Dear Ruslan
K.Kubu to Fraser's Hill tu sampai ke clock tower ke?. One way KKB to GAP roughly 29km, 58km to & fro. Roughly an 800m climb. Kalau ke clock tower tambah lagi 7km one way.

So mmg tough bro. Lagi tough dari Gtg Sempah.

Ruslan said...

Yes Doc, we made it all the way to the clock tower. A bit later some of us went down to Jeriau Falls to cool down.

Keluar steam from the oh so cold water when we dipped our feet in.. hehe.. so u can imagine how hard was the climb up Fraser's Hill..

Aliff said...

Tahniah Pak Azizi! Bravo!:)

marinahani said...

Am I the last to congratulate Azizi? Takpe laa biar lambat asal selamat :p
Azizi, if you have made it up to Genting Sempah, you definitely deserve to buy that RB hehe.. Myself pun tak tau bila nak try Genting Sempah.

Riezal said...

Tahniah semua coz dah khatam genting sempah ride.. memang teruja ride dia.. especially mencanak punya bukit..saya pun brapa kali jugak semput.. maklumlaa overweight.. apapun.. its a nice place to ride.. dengan scenery dia yg menarik subahanallah


rezdrake