Wednesday, March 25, 2009

Jomlah Mengayuh Tidak Kira Jenis Basikal Anda! (2)


Tuan-tuan dan puan-puan,

Ini kali kedua saya menuliskan pidato berbasikal. Ini malam, khas untuk basikal yang lajuuuuuuuuuuuuu iaitu RB. Tapi jangan risau!!! Saya dan Che Bond kita insyallah ada dengan MTB kesayangan. Marilah, kita kaaaayuuuuuuhh sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pastikan anda ambil makan malam dua jam sebelum berkayuh agar ada tenaga. Bawalah air tonik macam Dr.Azmi suruh, iaitu apa-apa air isotonik kita campur dengan air putih sebahagian untuk membantu menggantikan bendalir yang keluar akibat perpeluhan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum berkayuh, periksa angin tayar basikal, bawalah tiub gantian, jangan lupa lampu kelip-kelip belakang depan, lihat adakah masih terang. Jika tidak, beli bateri baru dan gantikan kerana kita ini sukar dilihat oleh pemandu kerata dan penunggang motosikal jika tidak berlampu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Janganlah jadi macam Mat Bangla, pakai topi keledar berbasikal yang ada. Lebih cantik kalau ada lampu kelip-kelip dekat belakang macam Dr.Azmi dan Pak Azudin kita.
Pakailah baju yang terang seperti warna kuning dan putih.

Itulah sahaja, saya tutup pidato berbasikal ini dengan pepatah:-

Badan sihat otak cerdas!

2 comments:

Berisman said...

MBA,
Cnatik lah baju Trek!Dimana saya dapat beli satu?

mba2u said...

Abedib;

tuan boleh beli di:-
1. Kat kedai basikal (saya ada tengok kt Sg. Way & Bangi)
2. Di BBS juga ada
3. di e-bay memang tersangat banyak
4. Jika nak order dgn saya juga boleh, beritahu saiz dan warna yg diingini

p.s Kat kedai harga dlm RM120, dengan saya RM99 di BBS lagi murah.

Terima kasih.