Monday, March 23, 2009

Jomlah Mengayuh Tidak Kira Jenis Basikal Anda!


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini malam, kita semua akan berkayuh. Macam biasalah kayuhan malam PERS. Ya, kita pedulikan jenis basikal kita, basikal lipat! basikal mtb, basikal rb kita kayuh dengan suka hati! Ya, bukan tunjuk kuat, bukan tunjuk hebat kita kauh sebab mahu sihat!

Tuan- tuan dan puan-puan sekalian,

Jangan lupa tiub tambahan, pam basikal dan lampu kelip-kelip belakang depan. Yalah, kita bakal berkayuh jauhkan. 35km kita besit tanpa banyak halangan. Insyallah.

Tuan-tuan dan puan- puan sekalian,

Sebelum menutup pidato pendek kayuhan ini malam, jangan lupa jam berkumpul 9.30 di Dataran Putra ya! Oh ya, bawalah air secukupnya.

Dengan itu tuan-tuan dan puan-puan saya menutup pidato ini dengan pepatah:-

Kesihatan itu EMAS...

3 comments:

mba2u said...

Selamat berkayuh;

Saya tidak dapat turut serta kerana berada di luar kawasan liputan, namun saya bawa basikal sekali di sini, jika ada kesempatan, akan kayuh juga di sini.

selamat.

Aliff said...

Pak MBA,

Kami selamat berkayuh...tapi Won sudah terkena...tiba-tiba habis bateri (kata Tok Penghulu), mujurlah beg doraemon Aliff sentiasa ada bekalan Power Gel yang hikmat dan nikmat itu...:)

Stowboarder said...

Salam tuan blog,
Saya ada menjual basikal lipat dari Jepun.Jika ada warga blog tuan berminat dijemput singgah ke :
http://basikaljepun.blogspot.com
Walaubagaimanapun saya menyokong tuan 100%, mewujudkan budaya sihat seperti masyarakat Jepun..Jika kita tidak mula generasi mana yang akan mulakan?
Syabas semua!