Monday, July 13, 2009

BERBASIKAL DI UK




Penerbangan MH02 yang dijadualkan mendarat di Heathrow pada jam 5:05 pagi hanya tiba pada jam 5:15. Berbekal kad keutamaan imigresen, seawal jam 6 pagi saya bertolak dari London ke Worthing, West Sussex. Tiba di hotel penginapan pada jam 7 pagi. Hari sudah siang. Cuaca cerah bagaikan jam 10 pagi, namun cuaca dingin. Oleh kerana pihak hotel tidak menerima check-in awal, saya menyimpan barang dan merayau-rayau di sekitar Worthing.

Banyak sekali orang berbasikal di sini. Sepanjang saya merayau dari jam 7am hingga 11am. Bermacam jenis orang dengan pelbagai jenis basikal dikayuh di sini. Ada basikal jalan, basikal gunung, basikal kota dan juga basikal lipat. Kanak-kanak dengan BMX. Sepanjang-panjang yang saya ingat, bebetapa jenama yang jelas kelihatan ialah Specialize, Scott, Giant dan Raleigh.

Jam 4 petang saya merayau lagi setelah check-in pada jam 11.30am. Kali ini lebih banyak orang berbasikal. Ada yang berpakaian lengkap dengan kasut klip dan helmet. Ada yang santai dan berhelmet. Ada yang tanpa helmet dan ada juga yang hanya memakai seluar sahaja, tanpa baju dan helmet. Mereka cukup enjoy. Saya juga enjoy menikmati keindahan alam …

2 comments:

Berisman said...

MBA,
Thanks for sharing.Pls snap some photos and upload here for us to see.Saya juga terpanggil untuk ke bebasikal di UK.

mba2u said...

here you are.