Wednesday, March 31, 2010

PNR Malam Akhir Mac 2010

Salam,

Kepada semua pembaca blog PERS dan juga anggota:-

Malam ini kita berkayuh ya!

Tempat: Dataran Putra, Putrajaya
Masa: 9.15 malam berkumpul
Tayar golek: 9.30 malam
Basikal : Kahwin (MTB boleh, RB boleh).
Kategori: Santai!
Jemputan : Pengayuh baru, jomlah!

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama tak boleh kayuh!

P/s: kalau hujan sekitar maghrib, tunggu sampai reda, kebiasaannya hujan akan reda sekitar lepas isyak. lepas itu ok dah untuk kita berkayuh!

Apa-apa hal hubungi Che Bond @ Aliff@ Pak Muhaimy yea.

Saturday, February 27, 2010

Kayuhan Putrajaya Critical Mass Febuari 2010

Alhamdulillah. Walaupun tidak ramai anggota PERS yang hadir, kayuhan Putrajaya Critical Mass (PCM) tetap meriah. Lebih 60 orang pengayuh basikal yang hadir. Kayuhan kali ini menyaksikan Daoh (Firdaus) memberikan ucapan pembukaan menggantikan Man CIOCC yang ada urusan peribadi.

Kayuhan dengan selamat, santai dan gembira. Anak-anak kecil kita iring dan tunjukkan kaedah mengayuh dengan baik. Itulah elemen yang ingin diterapkan dalam diri peserta (ini agak berbeza dengan Critical Mass di luar negara yang lebih bersifat mengkritik pihak berkuasa tempatan tentang nasib dan keperluan pengayuh basikal).

Aliff, Pak Nawi, Maher (anak Pak Adib), Razlan, Firdaus (Nilai),Azfi, Shahrin, Azdnee, Halim adalah muka-muka anggota dan geng PERS yang memeriahkan kayuhan malam tadi. Hanya Alif yang berRB sebab MTB T.Bolt masih rosak.

Paling baiknya PCM kali ini menjadi kayuhan pengenalan dan pembukaan kepada ribuan kayuhan lain buat Azfi. Beliau mulanya menegur Aliff dan Ridzwan Ahmad berkayuh PNR minggu lepas. Gembira melihat ada basikal yang boleh "tolerate" berat badannya (setelah mencuba basikal Ridzwan), petang semalam dia terus membeli basikal di kedai Samy, Batu Caves dan malamnya mengayuh dengan kami di Putrajaya.

17km untuk kayuhan pertama dengan gaya santai adalah pengenalan yang cukup baik untuk Azfi. Walaupun sampai sebagai peserta paling akhir di bukit belakang Alamanda , P16 beliau menerima tepukan dan sorakan semangat dari semua peserta PCM. Kerjasama geng PERS amatlah baik, memperlahankan rentak kayuhan dan memberikan semangat, dorongan kepada Azfi dari detik permulaan hinggalah ke penamat. Sayangnya Aliff lupa bawa kamera!!!

Jadi, kepada semua yang ingin mengayuh basikal namun khuatir akan basikal,rakan dan trek, Aliff menjemput anda menghubungi PERs. Kita berkayuh di Putrajaya, kita teroka segenap trek dan laluan yang ada.

Wednesday, January 20, 2010

DARI SILK (CHERAS) KE LEKAS (MANTIN)

Atas beberapa permintaan, saya ingin mengajak untuk kita ride dari SILK (Cheras) dan LEKAS (Mantin) & return.
Distance: 76km
Date: TBC
RV: Restoran D'JU, Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn.
(Tayar Goleh 7.30AM)
Coordinate: N3 02.204 E101 45.549






* foto dari http://azemiali.blogspot.com

Sunday, December 27, 2009

Horse Trail Taman Rimba Alam - RABUNG RIDE




Hari ini Sabtu 26 hb kami bertiga Alif, Nawi dan saya berjaya meneroka beberapa puncak bukit di Presint 15 melalui laluan kuda. Kami jangka ramai diantara kita yang belum lagi kesana, penuh cabaran yang menyeronokkan dengan laluan turun naik bukit, tanpa disedari kami sebenarnya berkayuh diatas puncak dan RABUNG bukit! Kiri kanan gaung.

Laluan kuda yang menarik sejauh 10 km, jumlah keseluruhan 17 km bermula dan berakhir di Presint 16. Top speed Cateyes Nawi catat 60 km/h, saya cuma dapat 46.2 km/h hehe betui ke nawi ni... Yang pelik nye tak jumpa satu pun taik kuda.
Gambar ada di FB.

muhaimy.

Thursday, December 17, 2009

Cycle London to Paris in 24 hours



23-25 July 2010

1 TEAM, 2 CITIES - 24 HOURS!

Register online now and cycle 300 miles from London to Paris within 24 hours!

London to Paris 24 is the team cycling challenge for 2010. Adding a twist to the iconic London to Paris charity bike ride, this is the first mass participation event to attempt to complete the classic route within 24 hours.

Teams of two, as part of a field of 200 riders, will cycle 300 miles in relay from London to Paris in 24 hours. It's not a race but rather a supported endurance relay.

REGISTER ONLINE NOW!

To find out more, visit www.london2paris24.com
To discuss details before registering, please contact the London to Paris 24 team on:
Tel: +44 (0)20 7288 9590
Email: l2p24@london2paris24.com

LENGGENG RIDE

Tarikh: 2 Muharram/19 Disember (Sabtu)

Masa: 7.30am,

RV: Semenyih Sentral (Coordinates: 2°56'40"N 101°50'38"E)

Destinasi: Lenggeng,

Hajat: Nasi Lemak Ikan Keli,

Chief de mission: Pak Wan

Monday, November 30, 2009

Kayuhan Malam Isnin - Bangun dari lena

Salam,

Para pengayuh PERS, mari bangun dari lena. (Nanti Gedebe kata kita tidur lagi :). Kayuhan malam di Putrajayalah. Cuaca sudah agak elok.

Tarikh: 30 November 2009
Tempat: Dataran Putra
Basikal :MTB/RB
Jenis kayuhan: Santai (Pemanas Badan)
Waktu: 9.30 malam.

Jangan lupa periksa lampu depan dan belakang, angin tayar dan lain-lain peralatan perlu..

Marilah!