Showing posts with label PNR. Show all posts
Showing posts with label PNR. Show all posts

Wednesday, March 31, 2010

PNR Malam Akhir Mac 2010

Salam,

Kepada semua pembaca blog PERS dan juga anggota:-

Malam ini kita berkayuh ya!

Tempat: Dataran Putra, Putrajaya
Masa: 9.15 malam berkumpul
Tayar golek: 9.30 malam
Basikal : Kahwin (MTB boleh, RB boleh).
Kategori: Santai!
Jemputan : Pengayuh baru, jomlah!

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama tak boleh kayuh!

P/s: kalau hujan sekitar maghrib, tunggu sampai reda, kebiasaannya hujan akan reda sekitar lepas isyak. lepas itu ok dah untuk kita berkayuh!

Apa-apa hal hubungi Che Bond @ Aliff@ Pak Muhaimy yea.

Monday, November 30, 2009

Kayuhan Malam Isnin - Bangun dari lena

Salam,

Para pengayuh PERS, mari bangun dari lena. (Nanti Gedebe kata kita tidur lagi :). Kayuhan malam di Putrajayalah. Cuaca sudah agak elok.

Tarikh: 30 November 2009
Tempat: Dataran Putra
Basikal :MTB/RB
Jenis kayuhan: Santai (Pemanas Badan)
Waktu: 9.30 malam.

Jangan lupa periksa lampu depan dan belakang, angin tayar dan lain-lain peralatan perlu..

Marilah!

Thursday, April 30, 2009

Kayuhan Malam Putrajaya -PNR Ride :-)

Pak Wan Sabri of GEDEBE!
Bianchi anyone? Pak MBA, Adi,Pak Muhaimy,Doc.Hassan and Won.

Pak Ruslan....a new addition to PNR Rides!(white shirt)
Before the ride begin :-)
Health is wealth!
Dr.Farid of UPM....on his green T.Bolt.

Kayuhan malam di Putrajaya berlangsung seperti biasa iaitu setiap malam Rabu jam 9.30 malam. Tempat berkumpul adalah Dataran Putra berhadapan dengan papan iklan elektronik. Kayuhan ini sentiasa berjaya menarik penunggang sekitar 5-20 orang dengan basikal jalan raya mahupun basikal gunung.

Bagi ahli PERS, kayuhan ini lebih meriah dengan ada kumpulan GEDEBE yang diketuai oleh Pak Wan Sabri. Laluan sejauh 24 km biasanya selesai dijelajahi dalam masa satu jam setengah. Motto PERS dan GEDEBE ialah kelajuan kayuhan kumpulan mengikut kelajuan anggota paling lemah.

Jadi para wisata blog berbasikal PERS, apa lagi...Marilah ikut kami berkayuh. Badan sihat , otak cerdas dan emosi :).

Thursday, April 2, 2009

Kayuhan Hari Lahir kayuhan kehujanan! Bukan April Fool Tau!


Kayuhan malam kali ini ramai sekali pesertanya. Kalau ikut kiraan Pak Wan dari kumpulan Gedebe ada 19 orang. Seperti biasa, Aliff dan Che Bond dengan MTB kesayangan. Ahli kayuhan yang lain dengan pelbagai jenama RB. Apapun janji kayuh!

Pada bahagian kedua kayuhan selepas hentian pertama kami terpaksa berlindung dibawah kolong jambatan kerana hujan turun dengan agak lebat bercampur kilat dan guruh. Maka sesi mahu makan nasi Arab bagi meraikan hari lahir Marina ditunda.

Aliff pulang dengan ambil jalan pintas...he!he! hujan...laluan pula betul-betul dibelakang rumah kekanda di Presint 16. Kami bermula dari Dataran Putra keluar ke Cyberjaya dan kembali ke Putrajaya. Jaraknya lebih kurang 25km++

Kawan-kawan jika nama anda tiada, sila beritahu ye!(aliff tak ingat nama semua orang)

Peserta:
PERS: Aliff, Che Bond, Pak MBA, Pak Samad, Dr.Taufik, Pak Muhaimy, Won,Marina
Gedebe: Pak Wan Sabri, Pak Kamat, Pak Nayan, Mak Wan, Dr.Maryam Chin, Mak Faridah

Thursday, December 11, 2008

Kayuhan Jambatan :)


Pengajarannya:- Gunakan tetapan yang betul bagi gambar yang diambil pada waktu malam, kalau tidak gelaplah jawabnya! :)



Kayuhan Malam - PNR 5 Disember 2008.

p/s:nanti ada masa Aliff letak lagi gambar-gambar lain.