Showing posts with label PMR RIDE. Show all posts
Showing posts with label PMR RIDE. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

Kayuhan Selepas Aidilfitri 2009 : PMR




Maklumat Utama:-
Masa : 7.45 - 9.30 pagi
Hari : 3 hb Oktober 2009
Jarak: 21 km.
Purata Laju:18kmh
Maksimum Kelajuan:40kmh
Basikal : RB dan MTB
Tempat mula/akhir: Taman Warisan Pertanian, Presint 16
Kehadiran: Aliff, Kak Marina, Pak Muhaimy dan Pak Nawi.
Minum pagi: Nasi Lemak,Air Kelapa, Teh Tarik.

Kayuhan ini bermula dari perbualan di "mailing list" PERS. Rindu. Mahu berpeluh dan berbual. Namun ramai yang tidak hadir kerana memenuhi jemputan kenduri dan rumah terbuka. Ada juga anggota PERS yang melayan minat lain seperti pertunjukan udara di Subang. Empat orang pun empat oranglah! Janji bergerak.

Sewaktu mengayuh, bertembung dengan Pak Won yang berbasikal dengan Dr.K. Sempat berhenti rehat memerhati tasik yang menjadi medan renang bagi Ironman 70.3. Aliff pancit kerana dua bulan sudah tidak mengayuh beserta demam selsema. Namun semangat berpasukan dan setiakawan PERS masih tinggi membuatkan kepenatan seakan hilang setiap kali berhenti rehat untuk meneguk air.

Seperti biasa selepas penat berkayuh, kami semua bersarapan pagi di TWP. Pak Won turut menyertai kami lebih kurang 20 minit kemudian. Beliau telah berkayuh lebih kurang 50km pagi ini. Paling handal Pak Muhaimy yang mengayuh semasa hari "puasa nang' terakhirnya. Pak Muhaimy, Selamat Hari Raya sekali lagi. (Raya orang tua he!he!).

Ok. Minggu depan macam mana wahai rakan-rakan sekalian?

Friday, May 29, 2009

Kayuhan PMR 30 Mei 2009


Salam,

Rakan-rakan berbasikal sekalian, Aliff jemput anda semua untuk berkayuh pagi esok tidak keeeira jenis basikal di Taman Warisan Pertanian,Presint 16 tempat berkumpulnya.

Waktu? Seperti biasalah, jam 7.30 - 7.50 kita berkumpul, jam 7.55 kita gerak. Laluannya di Horse Trail, Presint Diplomatik. Lamakan kita tidak ke sana?

Aliff tunggu, jangan tidak hadir ye!

Friday, December 26, 2008

Kayuhan FRIM di Hari Natal

PUTRAJAYA EASY RIDERS DI HUTAN FRIM, KEPONG.

Sebelum bermula seperti biasa akan ada sesi bergambar untuk kesemua anggota PERS dan bakal anggota :P
Kekuatan:- Aliff, Shahrin, Won, Pak Azudin (Penghulu), Pak Adib (Tok Ketua), Dr.ATaufik, Dr.Azmi Tamil, Amir Azmi, Dr.Tengku +2 anak perempuan+isteri +anak lelaki, Ghazali(Bond), Azmi Hashim, Roshidan (penunjuk arah)+kawan-kawannya.

Dari tempat parkir, masing-masing penuh semangat:P

Dalam perjalanan naik, baru mula mengayuh:P

Cuba lihat beg pinggang Dr.Azmi. Penuh dengan pelbagai barang. Katanya untuk kecemasan!

Bukit ini sahaja sudah cukup menyebabkan baju basah dek peluh dan nafas jadi tercungap-cungap!

Rumah guru SK Kepong, FRIM
Restoran "Malay Tea Hause " ini pernah keluar surat kabar, namun pandang ajelah he!he!
Sebelum mula masuk ke jalan tanah merah. Lihat jalan bertar sudah semakin mengecil.

Anak sungai yang menderu airnya, ini kalau besar dan dalam airnya tentu Aliff dah terjun tiruk (loghat negeri -terjun mandi sungai)

Pak Adib dalam perjalanan turun, katanya aroma hutan amat menyegarkan!


Won yang tak tahu penat:P

Pemandangan Kuala Lumpur dari atas bukit FRIM ;)

Di Bukit Dadah he!he! Mencurah poluh ese dibueknyo!

Pak Adib puas dapat menawan bukit FRIM:)

Pak dan anaknya:)

Anak perempuan Dr.Tengku:)
Tempat Cik Bond jatuh cempedak!

Basikal yang tersadai ketika membantu Cik Bond! Cik Bond menahan kesakitan bahunya.
Orang yang nampak separuh itu, pegawai FRIM. Sampai aje terus ambil gambar! Huh!

Land rover FRIM came to the rescue!

Cik Bond dalam kesakitan:(

Cik Bond dibantu oleh PAk Azudin. Kata Dr.Azmi ingat ABC semasa kecemasan. (Aliff terpaku kejap masa mula-mula Cik Bond jatuh cempedak depan mata Aliff, tak sampai 5 meter masa menurun bukit.)

Cik Bond dan Dr.Tengku,selamat turun.

Sebelum kemalangan ye Cik Bond!
Kereta Tok penghulu ini hampir sama usia Aliff he!he! Tapi amat baik perkhidmatannya kepada beliau! Boleh bawa 9 basikal sekaligus!

Kereta Tok Penghulu baterinya kong! Dr.Azmi cuba "jump start"