Showing posts with label Album Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Album Kenangan. Show all posts

Sunday, May 7, 2017

ORIGAMI



HARI ini tanpa sengaja saya masuk ke bengkel origami di Sofa Putih ITBM di PBAKL 2017 di PWTC. Buat kotak dan  serigala ...

Tanpa saya sedari juga rupanya, saya sudah mula mengenali origami lebih 50 tahun yang lalu. Ia itu ketika zaman kanak-kanak. Pada masa itu dua seni lipatan yang paling popular bagi budak lelaki ialah jet atau kapalterbang dan juga kapal laut.

Di zaman kanak-kanak, saya melipat apa sahaja kertas yang ditemui untuk buat jet atau kapal laut. Jet lebih mencabar dan lebih seronok kerana selepas lipat-lipat, kami akan terbangkan jet tersebut. Biasanya jet kami akan membuat beberapa jenis penerbangan aerobatik dan seterusnya mendarat dengan tepat. Pemenang dikira bagi kecantikan aerobatik dan pendaratan sempurna yang paling jauh. Jet tidak boleh mendarat secara terbalik. Itu dikira crashed.

Kami ubahsuai lipatan ini dengan memotong bahagian bawahnya dan dilipat semula supaya jet kami lebih kemas dan juga lebih ringan. Ha ha ha bakat jurutera penerbangan sudah ada sejak kecil lagi. Kadangkala kami hiasi jet ini dengan ekor yang pelbagai bentuk dan saiz. Penerbangan jet ini akan lebih menarik.

Bagi kapal layar pula, syarat wajibnya ialah, ia mestu boleh nelayar dengan sempurna dalam air. Kami akan cari parit atau longkang atau anak air untuk melayarkan kapal ini.

* Saya tidak jumpa pula dalam mana-mana buku origami yang biasa, yang memasukkan unsur jet yang kami buat. Barangkali saya patut bukukannya.

** Buat masa ini hanya MBC Perak yang giat mempopularkan origami di sekolah-sekolah. Insyaallah selepas ini MBC Sentral dan MBC Terengganu pula akan berorigami.

*** Foto dari Facebook Lynn Rahman.



Monday, February 16, 2009

Menyelak-nyelak album kenangan PERS:) 2

Tekun nampaknya Pak Muhaimy mendengar?
Di taman rahsia PAk Adib, Pak Azudin sedang menyatakan "kehidupan di Putrajaya yang terbaik"
Lupa pula Aliff di mana gambar ini diambil?
Di jambatan larangan jeng!jeng!
Abang Hasni selalu MIA!
Cerita apa tu Dr.Azmi?
Dr.Tengku dan anaknya gembira ikut PERS!
Masa ini kalau tak silap kita kena kejar dengan penguatkuasa Perbadanan Putrajayakan?
Kalau dah panas, bergambar bawah teduh ye tak?

Thursday, February 12, 2009

Menyelak-nyelak album kenangan PERS:)

Cuba kira ada berapa burung botak upih dalam tasik di Tanah Bencah ini?
Masing-masing dah pancit dah waktu ni! Dulu-dulukan?
Jejaka impian Malaya dengan T.bolt berbau kedai!:D
Pak Adib memang suka pergi off road!
Cuba teka di mana gambar ini diambil???