Saturday, April 4, 2009

JANDA BAIK


seorang lagi tertinggal

Wakaf rehat

bocor

Andal Place


Salam,

Berikut catatan Kayuhan Janda Baik.

Basikal: 2 RB + 6MTB
Total distance: 33.72km
Mula: 8.30am, habis: 12.30pm
Total ride time: 1:50
Average speed: 18.26
Pemberita: Dr.Taufik
Jurufoto: MBA

Memang challenging!, walaupun hanya 33km.
MBA yang terawal sampai, around 7.30am, diikuti saya, 7.35am. Both saya & MBA pakai RB, the rest MTB.

Kayuhan bermula dengan menuruni bukit dari R&R genting sempah, sehingga simpang masuk ke Janda Baik, then the first climb. memang extreme, tapi pendek sahaja, 2 org terpaksa T&T, dan seterusnya ada beberapa climb lagi. kayuhan, diteruskan sehingga jalan mati.

Pulang, singgah di Pak Andak Place, untuk rasa Nasi Lemak, walaupun dah agak lewat, around 10.30am, nasik lemak masih ada, dan tidak mengecewakan.

Dari Pak Andak Place, pulang melalui Pulau Santap, ada beberapa climb lagi melalui jalan itu,dan ada yang T&T juga.

Dan yang agak menarik adalah perjalanan pulang yang terpaksa climb ke R&R Genting Sempah.

Janda Baik adalah 100m lebih rendah dari R&R Genting Sempah.

Secara overall, saya rasa, Janda Baik lebih sesui dengan MTB kerana jalan yang sangat berbukit-bukit, dan downhill yang berliku-liku.

Memang elok kalau try lagi, my suggestion, jika mula kayuhan seawal 7.30am.

Semasa di kayuhan Janda Baik juga, kali pertama kena flat tyre, sebab terlanggar batu tajam.
Semasa nak berhenti, terlupa pula nak unclip kasut....jatuh cempedak untuk kali ke 3. Managed to change the tube, tapi hanya mampu pump tyre sampai 4 bar je. Tu tak sabar nak tunggu pump baru...

Wassalam

Thursday, April 2, 2009

Kayuhan Hari Lahir kayuhan kehujanan! Bukan April Fool Tau!


Kayuhan malam kali ini ramai sekali pesertanya. Kalau ikut kiraan Pak Wan dari kumpulan Gedebe ada 19 orang. Seperti biasa, Aliff dan Che Bond dengan MTB kesayangan. Ahli kayuhan yang lain dengan pelbagai jenama RB. Apapun janji kayuh!

Pada bahagian kedua kayuhan selepas hentian pertama kami terpaksa berlindung dibawah kolong jambatan kerana hujan turun dengan agak lebat bercampur kilat dan guruh. Maka sesi mahu makan nasi Arab bagi meraikan hari lahir Marina ditunda.

Aliff pulang dengan ambil jalan pintas...he!he! hujan...laluan pula betul-betul dibelakang rumah kekanda di Presint 16. Kami bermula dari Dataran Putra keluar ke Cyberjaya dan kembali ke Putrajaya. Jaraknya lebih kurang 25km++

Kawan-kawan jika nama anda tiada, sila beritahu ye!(aliff tak ingat nama semua orang)

Peserta:
PERS: Aliff, Che Bond, Pak MBA, Pak Samad, Dr.Taufik, Pak Muhaimy, Won,Marina
Gedebe: Pak Wan Sabri, Pak Kamat, Pak Nayan, Mak Wan, Dr.Maryam Chin, Mak Faridah

Tuesday, March 31, 2009

Kayuhan Genting Sempah PERs 18 April

Gambar ehsan Dr Taufik


Setelah berbincang dengan Tok Penghulu semasa PMR 29 Mac yang lalu, tarikh Kayuhan Genting Sempah untuk PERs adalah ditetapkan pada 18 April 2009 (setelah Kolonel balik dari umrah).

Berikut adalah perincian cadangan kayuhan:

Tarikh kayuhan: 18 April 2009 (Sabtu)

RV point: Perkarangan Hospital JHEOA, Gombak

Tayar golek naik: 8.00am

Mid-way stop: after 10km (5 min rest/drink)

Sampai puncak: ETA 9.30am

Tayar golek turun: 9.45am

Sampai starting point: ETA 10.30am (rehat & minum/brunch?)

Bersurai: 11.30am

Nota:

1. jarak kayuhan +/- 30km on road surface (no-off road trails)
2. jangan lupa bawa banyak tonic drinks/mineral water
3. some biscuits untuk kudapan (picnic?) di puncak Genting Sempah
4. slick tyres advisable (but not mandatory)
5. leader?
6. sweeper?
7. ?
8. ?

Ada sesiapa nak taja minuman, atau lain-lain : - ) ?




Monday, March 30, 2009

PNR ISNIN (MALAM INI) DATANGLAH BERAMAI-RAMAI




SEPERTI biasa, malam ini PNR akan diadakan di tempat biasa dan masa biasa (laluan mungkin berbeza).

Jom datanglah beramai-ramai tanpa mengira jenis basikal anda.

Sunday, March 29, 2009

AMAZING RIDE AROUND MALAYSIA - PART II

[28.03.09] Glad to inform PeRs that we safely arrived at our destination at 17:40pm.

[28.03.09] We r 30km from kuantan. Resting at rr beris meraga. Shud be in kuantan by 5pm today. kerepok lekor, air nira n jagong rebus were marvelous.





GEDEBE will cycle around Malaysia from Kuantan ti Kota Bharu under amazing ride around Malaysia. Part 1 was from KL to KB in 2008.

The second stage will commence this thursday. We are using toyota unser as our support car. Glad to inform that this can can take 8 RBs with no problem. The support caqr will leave for KB early tomorrow morning. whilst, the riders will take the AK flight at 2130hrs tomorrow night.

We will update the journey using this page.

II

The journey begins - 1100hrs the support vehicle left KL for KB.
Packed to the brim with RBs worth more than RM100K.

III

[27.03.09]We left penarik at 0730hrs. Stopped for for bfast for 1 hour n proceeded to KT. Arrived at pantai Buruk at 11:30 am n rested at AnW

Wednesday, March 25, 2009

Jomlah Mengayuh Tidak Kira Jenis Basikal Anda! (2)


Tuan-tuan dan puan-puan,

Ini kali kedua saya menuliskan pidato berbasikal. Ini malam, khas untuk basikal yang lajuuuuuuuuuuuuu iaitu RB. Tapi jangan risau!!! Saya dan Che Bond kita insyallah ada dengan MTB kesayangan. Marilah, kita kaaaayuuuuuuhh sahaja.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pastikan anda ambil makan malam dua jam sebelum berkayuh agar ada tenaga. Bawalah air tonik macam Dr.Azmi suruh, iaitu apa-apa air isotonik kita campur dengan air putih sebahagian untuk membantu menggantikan bendalir yang keluar akibat perpeluhan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum berkayuh, periksa angin tayar basikal, bawalah tiub gantian, jangan lupa lampu kelip-kelip belakang depan, lihat adakah masih terang. Jika tidak, beli bateri baru dan gantikan kerana kita ini sukar dilihat oleh pemandu kerata dan penunggang motosikal jika tidak berlampu.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Janganlah jadi macam Mat Bangla, pakai topi keledar berbasikal yang ada. Lebih cantik kalau ada lampu kelip-kelip dekat belakang macam Dr.Azmi dan Pak Azudin kita.
Pakailah baju yang terang seperti warna kuning dan putih.

Itulah sahaja, saya tutup pidato berbasikal ini dengan pepatah:-

Badan sihat otak cerdas!

Monday, March 23, 2009

Jomlah Mengayuh Tidak Kira Jenis Basikal Anda!


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini malam, kita semua akan berkayuh. Macam biasalah kayuhan malam PERS. Ya, kita pedulikan jenis basikal kita, basikal lipat! basikal mtb, basikal rb kita kayuh dengan suka hati! Ya, bukan tunjuk kuat, bukan tunjuk hebat kita kauh sebab mahu sihat!

Tuan- tuan dan puan-puan sekalian,

Jangan lupa tiub tambahan, pam basikal dan lampu kelip-kelip belakang depan. Yalah, kita bakal berkayuh jauhkan. 35km kita besit tanpa banyak halangan. Insyallah.

Tuan-tuan dan puan- puan sekalian,

Sebelum menutup pidato pendek kayuhan ini malam, jangan lupa jam berkumpul 9.30 di Dataran Putra ya! Oh ya, bawalah air secukupnya.

Dengan itu tuan-tuan dan puan-puan saya menutup pidato ini dengan pepatah:-

Kesihatan itu EMAS...