Tuesday, February 17, 2009

CYCLING JOKE



Dalam istilah PERs, mana-mana basikalis yang tidak memakai helmet akan digelar sebagai Bangla. Sebabnya lihatlah keliling ...

Rasa-rasanya PERs telah dua kali dihadiri oleh basikalis antarabangsa. Pertama kali dari Jepun yang berpakaian lengkap. PCM Ahad yang lepas, PERs turut disertai oleh seorang profesor daripada Filipina yang menggunakan t-bolt putih tanpa helmet dan cuma bertopi sahaja.

Apabila ditanya mengapa dia tidak pakai helmet, berikut adalah jawapan daripadanya.

"Jika berlaku kemalangan, otak orang yang pakai helmet akan berterabur dan sukar untuk dikutip. Bagi saya, otak saya semuanya tersimpan dalam cap ini dan senanglah dimasukkan semula oleh doktor dalam kepala saya".

ha ha ha ha...

Monday, February 16, 2009

Menyelak-nyelak album kenangan PERS:) 2

Tekun nampaknya Pak Muhaimy mendengar?
Di taman rahsia PAk Adib, Pak Azudin sedang menyatakan "kehidupan di Putrajaya yang terbaik"
Lupa pula Aliff di mana gambar ini diambil?
Di jambatan larangan jeng!jeng!
Abang Hasni selalu MIA!
Cerita apa tu Dr.Azmi?
Dr.Tengku dan anaknya gembira ikut PERS!
Masa ini kalau tak silap kita kena kejar dengan penguatkuasa Perbadanan Putrajayakan?
Kalau dah panas, bergambar bawah teduh ye tak?

Sunday, February 15, 2009

PMR SUNDAY FOR BEGINERS?


"dirty dozen (termasuk foto grafer)

TNT - Turun & Tolak

RB pun boleh lepas .....

Apabila Dr. cramp ....




PMR hari ini disertai oleh 12 peserta. Kebanyakannya adalah peserta baru dan ada yang pertama kali berbasikal (di sini). Tok Penghulu telah menjanjikan kayuhan kali ini adalah daripada TWP ke Wetland. Kayuhan yang tidak berbukit. Kayuhan khusus untuk MB. Hmmmm... Pak Samad bersama RB kena dera. Walau bagaimanapun beliau bersama TREKnya berjaya mengharungi jalan-jalan batu kelikir untuk pusingan pertama. Pusingan seterusnya beliau dinasihatkan untuk bersendirian mengikuti jalan luar.

JAngankan RB, saya sebagai sweeper yang bawa MB juga bocor tayarnya. Inilah kebocoran pertama T-Bolt ini. Pam ada bawa, cuma tiub spare ada dalam kereta. Terpaksalah mengepam tiga-empat kali sehingga akhirnya terpaksa mengalah juga.

Masalah cramp kian berleluasa dan kayuhan 20km ini agak lambat untuk dihabiskan dalam cuaca yang panas. Sahabat kita cramp dan terpaksa diselamatkan oleh kereta bantuan daripada Tok Penghulu.

Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu kita ambil untuk kayuhan selanjutnya?.

Aspirasi baru


Merida Azizi


Dah hampir setahun beli basikal MTB. Dahulu saya berbasikal berseorangan. Di Core Island Putrajaya. Di sekitar Bandar Tun Hussein Onn-Kg Sungai Balak-Jln Sekamat.

Semenjak mengikuti kumpulan PERs untuk 'riding', pengalaman berbasikal sudah berubah. 'Routes' juga sudah bertambah. Lebih 'variety'. Ilmu berkaitan aktiviti berbasikal juga ada penambahan sedikit demi sedikit.

Dan setelah membaca blog PERs, mengikuti email group PERs (yang kekadang melebihi 40 sehari!) dan menerusi sembang-sembang ketika berkayuh, kini saya ada beberapa aspirasi baru dalam bab berbasikal ini:

1. untuk mencari cadence yang betul
2. untuk kurangkan berat basikal saya (sekarang lebihkurang 30kg? betul ke?)
3. untuk mendapatkan HRM supaya aktiviti ini membawa manfaat sebaik mungkin kepada kesihatan.

Itu sahajalah buat sekarang. Aspirasi "untuk membeli RB" tu tak berani lah lagi. Masih belum termakan concotion racun yang disaji oleh Kolonel!

Saturday, February 14, 2009

PMR AHAD



Putrajaya Morning Ride (PMR), seperti akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 15 Feb 2009 (Ahad)
RV: Taman Warisan Pertanian, Precint 16
Masa berkumpul: 7.30am
Tayar Golek: 8.00am

Arah kayuhan: Putrajaya Wetland

Semua basikalis, khususnya yang baru adalah dijemput hadir.

PUTRAJAYA AWAY RIDE (PAR): SABTU

HARI ini dan minggu-minggu seterusnya, PMR telah digantikan dengan PAR. PMR akan diadakan pada hari Ahad. Adalah dijangkakan PMR (Ahad) akan dihadiri oleh lebih ramai basikalis, lama dan baru. Walau bagaimanapun jika cukup korum, PMR Sabtu tetap juga dijalankan. Sungguhpun begitu, basikalis baru dinasihatkan supaya datang ke PMR Ahad. Ini adalah kerana ia adalah PMR rasmi PERs...



PAR hari ini disertai oleh 6 basikalis dengan 4 RB dan 2 MB. Kayuhan bermula di TWP menuju ke OR ke Dengkil, Bangi, Pinggiran Putra dan berakhir di Presint 16 untuk sarapan pagi. Kayuhan santai ini meliputi lebih kurang 40km.

Friday, February 13, 2009

PNR JUMAAT @ ROTI NAN

JUMAAT 13 Feb 2009:-