HARI ini tanpa sengaja saya masuk ke bengkel origami di Sofa Putih ITBM di PBAKL 2017 di PWTC. Buat kotak dan serigala ...
Tanpa saya sedari juga rupanya, saya sudah mula mengenali origami lebih 50 tahun yang lalu. Ia itu ketika zaman kanak-kanak. Pada masa itu dua seni lipatan yang paling popular bagi budak lelaki ialah jet atau kapalterbang dan juga kapal laut.
Di zaman kanak-kanak, saya melipat apa sahaja kertas yang ditemui untuk buat jet atau kapal laut. Jet lebih mencabar dan lebih seronok kerana selepas lipat-lipat, kami akan terbangkan jet tersebut. Biasanya jet kami akan membuat beberapa jenis penerbangan aerobatik dan seterusnya mendarat dengan tepat. Pemenang dikira bagi kecantikan aerobatik dan pendaratan sempurna yang paling jauh. Jet tidak boleh mendarat secara terbalik. Itu dikira crashed.
Kami ubahsuai lipatan ini dengan memotong bahagian bawahnya dan dilipat semula supaya jet kami lebih kemas dan juga lebih ringan. Ha ha ha bakat jurutera penerbangan sudah ada sejak kecil lagi. Kadangkala kami hiasi jet ini dengan ekor yang pelbagai bentuk dan saiz. Penerbangan jet ini akan lebih menarik.
Bagi kapal layar pula, syarat wajibnya ialah, ia mestu boleh nelayar dengan sempurna dalam air. Kami akan cari parit atau longkang atau anak air untuk melayarkan kapal ini.
* Saya tidak jumpa pula dalam mana-mana buku origami yang biasa, yang memasukkan unsur jet yang kami buat. Barangkali saya patut bukukannya.
** Buat masa ini hanya MBC Perak yang giat mempopularkan origami di sekolah-sekolah. Insyaallah selepas ini MBC Sentral dan MBC Terengganu pula akan berorigami.
*** Foto dari Facebook Lynn Rahman.
No comments:
Post a Comment