Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) menganjurkan acara mencari harta karun (treasurer hunt) berkereta dari Putrajaya ke Teluk Kemang. Sebanyak 17 buah kereta mengambil bahagian.
Saya saja-saja gatal mulut bertanyakan samada boleh atau tidak kami ingin berbasikal ke sana. Jawapan yang diberikan sungguh mengejutkan. Kami diterima. Berita ini disampaikan dua hari sebelum acara. Kelam kabut juga mencari rakan-rakan untuk turut berkayuh. Akhirnya lima orang bersetuju.
Ramai yang tidak percaya kami boleh berkayuh hingga ke destinasi. Namun oleh kerana kayuhan Putrajaya ke Port Dickson pergi balik pernah kami buat sebanyak dua kali sebelum ini, kami sangat yakin. Malahan kami yakin akan tiba lebih awal daripada pasukan berkereta.
kami dilepaskan di perkarangan JPA, Putrajaya sudah agak lewat. Hampir jam 9am. Ia sangat lewat bagi pasukan berbasikal. Biasanya seawal 7.30am kami sudah berlepas. faktor cuaca panas adalah penghalang utama. Jarak tidak begitu membimbangkan.
Kayuhan kami agak santai pada permulaannya. Memang santai habis. Apatah lagi kerana sebuah kenderaan sokongan mengiringi kami. Semua bekalan dan kelengkapan disimpan dalam kenderaan. Cabaran pertama berlaku tidak sampai 10km berkayuh. Mengayuh mendaki bukit Limau Manis memang tidak nampak langsung manisnya. Gelap sahaja dan banyak bintang yang kelihatan berligar-ligar di atas kepala.
Kayuhan ini juga telah memperkanalkan saya dengan sesuatu yang sangat sinonim dengan pengayuh. Saya tidak pernah kena 'cramp'. Hampir tiba di PD, paha terasa sangat sakit. Inikah cramp?. Tolak sakit, tarikpun sakit. Ah tidak boleh jadi, perlu bantuan. Panggil kenderaan sokongan untuk spray penahan sakit. Itulah kali pertama cik cramp datang berkenalan.
Akhirnya .... setelah enam jam berkayuh dan berhenti rehat dan berkayuh, kami tiba ke destinasi. Ia itu Tiara Beach Resort. Kami diberikan empat bilik penginapan. Inilah kali pertama basikal kami menginap di hotel!.
No comments:
Post a Comment