Alhamdulillah. Walaupun tidak ramai anggota PERS yang hadir, kayuhan Putrajaya Critical Mass (PCM) tetap meriah. Lebih 60 orang pengayuh basikal yang hadir. Kayuhan kali ini menyaksikan Daoh (Firdaus) memberikan ucapan pembukaan menggantikan Man CIOCC yang ada urusan peribadi.
Kayuhan dengan selamat, santai dan gembira. Anak-anak kecil kita iring dan tunjukkan kaedah mengayuh dengan baik. Itulah elemen yang ingin diterapkan dalam diri peserta (ini agak berbeza dengan Critical Mass di luar negara yang lebih bersifat mengkritik pihak berkuasa tempatan tentang nasib dan keperluan pengayuh basikal).
Aliff, Pak Nawi, Maher (anak Pak Adib), Razlan, Firdaus (Nilai),Azfi, Shahrin, Azdnee, Halim adalah muka-muka anggota dan geng PERS yang memeriahkan kayuhan malam tadi. Hanya Alif yang berRB sebab MTB T.Bolt masih rosak.
Paling baiknya PCM kali ini menjadi kayuhan pengenalan dan pembukaan kepada ribuan kayuhan lain buat Azfi. Beliau mulanya menegur Aliff dan Ridzwan Ahmad berkayuh PNR minggu lepas. Gembira melihat ada basikal yang boleh "tolerate" berat badannya (setelah mencuba basikal Ridzwan), petang semalam dia terus membeli basikal di kedai Samy, Batu Caves dan malamnya mengayuh dengan kami di Putrajaya.
17km untuk kayuhan pertama dengan gaya santai adalah pengenalan yang cukup baik untuk Azfi. Walaupun sampai sebagai peserta paling akhir di bukit belakang Alamanda , P16 beliau menerima tepukan dan sorakan semangat dari semua peserta PCM. Kerjasama geng PERS amatlah baik, memperlahankan rentak kayuhan dan memberikan semangat, dorongan kepada Azfi dari detik permulaan hinggalah ke penamat. Sayangnya Aliff lupa bawa kamera!!!
Jadi, kepada semua yang ingin mengayuh basikal namun khuatir akan basikal,rakan dan trek, Aliff menjemput anda menghubungi PERs. Kita berkayuh di Putrajaya, kita teroka segenap trek dan laluan yang ada.
Perak International Triathlon 23 Jun 2019
-
Alhamdulillah berjaya menamatkan acara ini dengan cukup seksa semasa mod
larian. Langsung tidak mampu berlari hanya berjalan terhenjut-henjut selama
lebih ...
5 years ago
3 comments:
Salam Aliff,
Tahniah buat Alfi, semangatnya mesti contohi. Kental...
bukan Alfi...tapi Azfi...hehe...
skang ni tgh meredah bandar seri putra bagi membina stamina yg diperlukan..
Abang Man,
Azfi kental!!!
Encik Cibon,
Kayuhan mesti ada sasaran!
Post a Comment