Tuesday, October 6, 2009

Kayuhan Selepas Aidilfitri 2009 : PMR




Maklumat Utama:-
Masa : 7.45 - 9.30 pagi
Hari : 3 hb Oktober 2009
Jarak: 21 km.
Purata Laju:18kmh
Maksimum Kelajuan:40kmh
Basikal : RB dan MTB
Tempat mula/akhir: Taman Warisan Pertanian, Presint 16
Kehadiran: Aliff, Kak Marina, Pak Muhaimy dan Pak Nawi.
Minum pagi: Nasi Lemak,Air Kelapa, Teh Tarik.

Kayuhan ini bermula dari perbualan di "mailing list" PERS. Rindu. Mahu berpeluh dan berbual. Namun ramai yang tidak hadir kerana memenuhi jemputan kenduri dan rumah terbuka. Ada juga anggota PERS yang melayan minat lain seperti pertunjukan udara di Subang. Empat orang pun empat oranglah! Janji bergerak.

Sewaktu mengayuh, bertembung dengan Pak Won yang berbasikal dengan Dr.K. Sempat berhenti rehat memerhati tasik yang menjadi medan renang bagi Ironman 70.3. Aliff pancit kerana dua bulan sudah tidak mengayuh beserta demam selsema. Namun semangat berpasukan dan setiakawan PERS masih tinggi membuatkan kepenatan seakan hilang setiap kali berhenti rehat untuk meneguk air.

Seperti biasa selepas penat berkayuh, kami semua bersarapan pagi di TWP. Pak Won turut menyertai kami lebih kurang 20 minit kemudian. Beliau telah berkayuh lebih kurang 50km pagi ini. Paling handal Pak Muhaimy yang mengayuh semasa hari "puasa nang' terakhirnya. Pak Muhaimy, Selamat Hari Raya sekali lagi. (Raya orang tua he!he!).

Ok. Minggu depan macam mana wahai rakan-rakan sekalian?

No comments: