[dipetik dari Kosmo! 13 09 09]
TOKYO - Seorang pelancong Jepun, Keiichi Iwasaki berbasikal merentasi 37 buah negara dengan membawa wang sebanyak A$2 (RM7) ketika dia memulakan perjalanan, lapor sebuah akhbar semalam.
Iwasaki, 36, meninggalkan kediamannya di Jepun pada 2001 selepas bosan bekerja di pejabat.
Selepas berbasikal menjelajah Jepun selama setahun, dia memutuskan untuk meneruskan perjalanan sehingga ke Korea Selatan dan mengembara ke 36 negara lain.
Ketika mengembara, Iwasaki pernah dikejar oleh seekor anjing di Tibet, dirompak oleh lanun dan ditangkap ketika memasuki India.
Dia sudah berbasikal lebih 45,000 kilometer.
"Saya tidak mahu menaiki kapal terbang kerana mahu melihat dan menyaksikan sendiri kawasan di sekeliling saya dengan deria saya.
"Saya dapat merasai atmosfera di mana saya berada semasa berbasikal," katanya.
Bagi menyara dirinya, Iwasaki melakukan persembahan jalanan semasa berhenti di sesuatu lokasi.
Dia merancang untuk menulis buku berhubung pengembaraannya itu. - Agensi
05-071210 Kuala Kangsar - Pangkor, Day 3
-
*Day 03 - Tuesday, 071210*
Followers must be wondering what happened to ManCIOCC aka Gman. Praise to
Allah S.W.T I’m “Alive & Kicking” (Simple Mind’s ...
3 years ago
1 comment:
Jepun berbasikal keliling dunia. PERs dari Malaysia keliling Phuket jadi ke?
Post a Comment